Bismillah...
Assalamualaikum,Pertama sekali saya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada keluarga bisnes saya JTW family kerana berjaya mencipta rekod baru dalam bulan Januari!
Rekod jualan baru! PENINGKATAN sebanyak 167%!! |
Program diadakan selama 2 hari satu malam.
Hari Pertama 1 Feb 2014
Hari Sabtu, bermula jam 3.00 petang tetamu mulai hadir. Pada jam 3.30petang penganjur Cik Zalila memulakan majlis dengan kata-kata aluan ringkas dan terus menjemput tetamu undangan iaitu Encik Syamputra Razali.
Malamnya
Ada sesi BBQ bersama-sama pelajar yang menyertai kem keusahawanan dari Kolej Pengajian Tinggi Mara Petaling Jaya
Hari Kedua
Pagi Ahad, selepas solat subuh dan sarapan di homestay, kami ke Pantai Teluk Ketapang nikmati permandangan indah pantai dan merasai kemasinan air laut... hehehe...seronok tengok budak2 main2...
Ofcoz la...kalau pergi Terengganu wajib pergi cari keropok. dan tempat yang paling best nak ambil keropok semestinya keropok BTB 2209 (bukit tok beng)
Dan singgah beli ole2 di Pasar Payang Kuala Terengganu~
PERKONGSIAN PINTAR
Ramai yang dah tanya kepada saya "En.Yoshi, macam mana caranya nak bina bisnes yang bagus?" Secara asasnya ada beberapa syarat nak bina empayar bisnes yang bagus, antaranya network yang baik.
7 SYARAT POWERFUL NETWORKING:
1) Tahu tujuan rangkaian(network) itu dibina.
2) Mewujudkan rasa percaya yang tinggi dan tidak ambil kesempatan atas sesiapa pun.
3) Saling membantu antara satu sama lain bukan kerana SEKADAR mahukan imbuhan seperti komisen untuk diri sendiri.
4) Kesediaan untuk berkorban demi keteguhan rangkaian.
5) Tidak kedekut infomasi, ilmu dan skil sesama ahli dalam rangkaian.
6) Pilih ahli yang mahu dimasukkan dalam rangkaian anda.
7) APA PUN wujud kerana mahu mendapatkan redha Allah. Sebab bergerak secara berjemaah itu LEBIH berkat.
CUBALAH! ;)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^