Friday 23 August 2013

Usahawan Terulung!

Assalamualaikum,
di awal pagi hari Jumaat ini,
saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya dapati selepas menonton Forum Perdana Ehwal Islam malam tadi.
Menarik perbincangannya, tajuknya Usahawan Terulung.

Panel forum ini ialah ustaz cyber yang terkenal dengan blognya, zaharuddin.net iaitu ustaz Zaharuddin Abd. Rahman dan ustazah Prof. Madya Sharifah Hayati.
Moderator forum ialah ustaz yang sangat popular seantero Malaysia yang sentiasa menghangatkan suasana dan membuka minda ramai manusia iaitu ustaz Ridhwan Tee.
Ustaz Ridhuan Tee Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman Ustazah Sharifah Hayati 

Diawal bicara, mukaddimahnya dimulakan berkenaan sahabat Rasulullah yang sangan popular dan sinonim dengan dunia perniagaan iaitu Abdul Rahman bin Auf.

Siapakah beliau?
Abdul Rahman Bin Auf
  1. Salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya
  2. Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam.
  3. Walaupun ibunya memberi ancaman. Namun Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk Islam dan mencintai Rasulullah S.A.W.
  4. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya.
  5. Antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.
  6. Pernah ditawarkan harta dan isteri oleh golongan ansar selepas berhijrah ke kota Madinah. Namun beliau menolak malah mendoakan keberkatan kepada saufagar tersebut "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar."
  7. Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. 
  8. Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya.
  9. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahman Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama Allah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan.
  10. Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

Menarik!
Selain beliau, ada juga diceritakan berkenaan isteri Rasullullah s.a.w yang pertama iaitu Saiditina Khadijah.
Google saja! Anda pasti jumpa lebih banyak cerita menarik. Namun, apa yang saya nak kongsikan sedikit dalam entry kali ini ialah poin2 perbincangan yang penting dan sememangnya logik!

Perhatikan poin #6. Ustazah Sharifah telah menghighlightkan perkara ni iaitu prinsip/konsep berdikari. Berdiri atas kaki sendiri.
Seorang usahawan ialah orang yang berusaha. Dalam kata lain usahawan tidak akan melalui jalan yang senang.
Seorang usahawan mendapat hasil dari keringat dan kecekalan.
Saya sangat setuju!
Semua perniagaan yang bagus pasti melalui pahit manis & cabaran yang tinggi. Lihat saja empayar Donald Trump. Beliau pernah jatuh tetapi dalam masa beberapa tahun saja beliau kembali menjadi billionaire.
Ia adalah perkara yang menakjubkan. Jika diperhatikan kecekalan Abd. Rahman bin Auf, kita boleh nampak bahawa, letaklah beliau dimana-mana sekalipun. Beliau tetap akan berjaya, malah boleh mengatasi pasaran orang lain!
Kenapa?

SIKAP!
Kerap kali juga di dalam al-quran mencatatkan berkenaan uswatun hasanah, sikap yang baik/dicontohi.
Harus ada unsur jihad. Seorang peniaga ialah seorang mujahidin iaitu orang yang bersungguh.
Bukannya yang baru meniaga sebulan, dah putus asa & nampak kepayahan.
Ada juga orang seperti ini yang saya jumpa dalam hidup saya. Mula2 jual produk A, sebab rasa nak jual susah, jual pula produk B. Tak lama lepas tu, bila pesaing ramai, buat produk C pula... akhirnya dia tidak ke mana. Tetap tak cukup duit, tak cukup masa & tidak sihat. 

Teruskan usaha! Jangan berputus asa! Apa yang anda cari mungkin seinchi sahaja lagi!


  • Allah juga pernah berfirman bahawa kecekalan mampu membuka ruang kejayaan dalam dunia ini.
  • Allah juga menyebut : Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu. (Riwayat Muslim)
  • Sebahagian riwayat lain pula berbunyi : Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)
 Maka berbanggalah kita jika kita diuji dalam mana2 perniagaan yang kita usahakan. Dan PENTING dalam dunia perniagaan ialah untuk terus BELAJAR. Mana2 majlis ilmu harus dihadiri. Tak kira bagaimana besar majlis tersebut. Kerana dalam majlis tersebutlah kita mungkin mendapat sedikit perkongsian ilmu & inspirasi untuk berjaya.
Nabi Muhammad juga dilatih sejak kecil untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dan menariknya apa yang beliau belajar dipraktikkan malah diajar semula kepada sahabat-sahabat lainnya. Ia adalah sistem duplikasi!
inilah perkara yang kami lakukan dalam Team Power. Kuasa menduplikasi! Supaya semua orang boleh dan ada harapan untuk mendapat hasil yang sama seperti orang lain yang berjaya.

Selain berkenaan duplikasi, Ustaz Zaharuddin juga ada menyebut tentang 3 perkara ini;

1) Respon pelanggan - Kita perlu tahu apa maklum balas mengenai servis & produk kita. ia penting bagi menjaga kualiti dan hubungan supaya kita boleh perbaiki di masa akan datang.
2) Toleransi - Mana-mana perniagaan pun pasti alami perkara seperti pelanggan meminta harga lebih murah atau minta kuantiti atau servis yang lebih. Harus kita fikirkan perkara ini. Toleransi bukan bermaksud kita harus memberi semua yang pelanggan mahu, tetapi ia harus dipersetujui supaya kedua-dua pihak tidak teraniaya. Ramai juga peniaga hari ini yang saya nampak memakan diri kerana salah anggap dengan nilai toleransi.
3) Amanah - Menariknya soal amanah ini ditekankan pada sikap discounting yang banyak juga diamalkan oleh ramai peniaga. Harus diingat ia adalah suatu amanah. Memberi diskaun yang melampau semata-mata kerana mahu merebut pelanggan hanya akan memakan diri. Fahamkan pelanggan anda bahawa mereka hanya boleh membeli dengan harga yang selayaknya kerana, ada orang lain yang memberi komitmen untuk mendapatkan diskaun tersebut. Ia sangat tidak adil jika yang bukan ahli boleh membeli produk yang sama dengan harga VIP.

Seorang Peniaga Menambah Nilai Kepada Orang Lain.

Di Malaysia ini, bangsa Cina sering saja dikatakan sebagai bangsa yang memonopoli dunia bisnes.
Tahu tak apa kata Ust.Ridhuan Tee?
Ia adalah pemikiran yang SALAH!
Blueprint anda harus diubah!
Ini bukan soal bangsa. Ia adalah sikap. Lihat persekitaran kita. Kita bergaul dengan siapa? Kita dicorakkan oleh ibubapa kita dengan budaya sedemikian, dari kecil kita 'dibiasakan' dengan banyak perkara yang salah. Namun, fitrahnya manusia yang dewasa diberi kuasa untuk membuat keputusan bagi menentukan masa depan masing2.
Apa yang anda telah lakukan?
Ketahuilah 9/10 dari rezeki datangnya dari perniagaan.
Kita sangat digalakkan untuk meniaga.
Pokoknya sikap kita.
Perniagaan adalah peluang untuk kita memberi manfaat kepada orang lain.
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)
Telah terbukti dalam sejarah Islam berjaya dikembangkan melalui perniagaan.

Mungkin nampak poyo, remeh & aneh bagi seorang lelaki libatkan diri sebagai penjual produk Tupperware. Sebenarnya TIDAK. Peniagaan adalah untuk semua. Tupperware memberi ruang kepada saya untuk bantu ramai orang memilih gaya hidup sihat bermula dari dapur mereka dan apa yang mereka guna dalam aktiviti seharian.

Apa yang penting dalam melakukan sesuatu bisnes ialah istiqamah.

Jangan menyerah kalah.
Jangan pula mahu menang sampai tak mahu hadapi kekalahan.
daftar ahli