banyak juga yang saya kecapi dalam Tupperware biz bulan ini.
Sungguhpun adakalanya terasa kekosongan di hati...
Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Kemana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku
Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku.. ini..
Didalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu...
Tubuhku ada di sini
Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku
Bait dari lagu Kosong dinyanyikan oleh kumpulan Dewa
Anyway...
Malu tak korang?
Bila...
Buka FB, buka twitter, buka instagram, buka blog...
perhatikan post anda...
status update anda, rakan2 anda, keluarga anda...
di saat anda sedang merungut tentang duniawi anda,
ada saudara kita di luar sana sedang menderita dek peperangan...
SENTAP!
cermin balik diri.
peringatan buat diri & rakan2 blogger...
HARUS
Sentiasa bersyukur.
Bersyukur bukan redha dengan segala apa yang ada...
Adakah anda katakan bersyukur itu bila, Bos anda naikkan pangkat, anda cakap "alhamdulillah" je?
pasti anda bekerja dengan lebih baikkan?
begitu juga dengan kehidupan kita. Kita tahu siapa BIG BOSS kita. Adakah kita bersyukur?
Saya lihat,
dalam kehidupan saya ada 5 perkara yang mendorong saya untuk bekerja;
1. Kemiskinan; saya bukanlah dari keluarga miskin. tapi jika dilihat dari hutang, saya boleh isytiharkan diri saya miskin. Sejujurnya saya percaya wang tidak boleh membeli kasih sayang dan kesetiaan tetapi kekayaan boleh membahagiakan keluarga saya sedikit sebanyak...
2. Perasaan kurang selamat, kerana harus saya berhijrah dari tempat asal saya untuk mencari rezeki. Mesti keluar dari zon selesa.
3. Survival; kehidupan saya adalah milik saya. Saya berjuang demi kehidupan yang lebih baik. Medan pertempuran saya ialah di tengah2 masyarakat.
4. Tidak ada pilihan lain. Sama ada saya lakukan atau saya mati! sampai bila nak bergantung pada mak ayah/penjaga? MESTI berdikari.
5. Falsafah yang di ajar dari kecil. Ia adalah perkara yang paling membimbangkan. Mengubah corak pemikiran. Ibubapa saya, saudara mara, semuanya percaya makan gaji adalah hidup yang lebih terjamin. TIDAK! itu bertentangan sama sekali dengan kalamullah yang mengatakan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Telah terbukti perniagaan adalah kebebasan.
Sungguhpun cabaran itu sangat getir, namun bidaslah dengan hikmah. jangan sampai bongkak, riak & takbur sudah. Kita tak mungkin boleh ubah pemikiran mereka, apatah lagi meyakinkan mereka. Apa yang kita boleh buat ialah, menjadi contoh yang terbaik supaya mereka sendiri merubah pemikiran & hidup mereka.