Wednesday, 28 August 2013

Bisu, Buta dan Pekak Juga Boleh Berjaya



Alhamdulillah,
Hari ini saya rasakan antara hari yang terbaik buat saya.
Ramai downline2 saya sudah mula berdikari dan menerima cangkul mereka.
Adapun begitu, ada juga yang masih goyang kaki dan berpura-pura seperti tiada apa2 masalah sedangkan wall facebook tu dah mula jadi tempat jual barang peribadi sebab takde duit.
Cadangan saya, jika anda seorang yang malas.
Pergilah cari kerja di sektor swasta untuk dapatkan sumber kewangan. Setidak-tidaknya boleh memupuk disiplin diri secara paksa.
Jika kebebasan masa dan kewangan yang anda cari...
Berniaga adalah pilihan terbaik anda.

Tidak kira apa saja anda usahakan, yang penting lakukan pengukuhan diri;

#1 Disiplin terhadap diri anda sendiri. Andalah bos, andalah pekerja. Anda pasti tak mahu dipecat oleh diri anda sendiri betul?

#2 Komited dengan kerja anda. Ramai orang boleh bangun awal, buka kedai tepat waktu. Tapi tak ramai yang berjaya menguruskan perniagaan mereka. Contoh paling ketara dari sudut pengurusan kewangan dan masa. Adakalanya sampai 'ter'guna wang modal dan ada juga yang suka-suka nak tukar waktu perniagaan. Bila tengok ramai datang tengahari, mulalah nak buka kedai lewat sikit...

#3 Fokus. Anda mungkin ada beberapa perniagaan, tetapi mana satukan yang paling cocok dengan anda? Anda adalah jenama kepada perniagaan anda. Anda adalah produk yang lahir dari suatu produk. Bisnes mana satukah yang bila sebut saja nama anda, orang pasti ingat produk tersebut. Ramai yang suka ikut trend pemasaran. Tengok ramai orang promote XYZ je, terus nak tukar bisnes pula. Jadilah trend-setter, bukan trend-follower.

Bila anda berjaya menguasai diri anda, anda pasti boleh menguasai apa saja yang berada disekeliling anda! :)

Ada satu kisah yang saya nak kongsikan. Menarik tentang tokoh ini, beliau seorang yang pekak, buta dan bisu!

Sejak diserang sejenis penyakit 19 bulan selepas lahir. Beliau kehilangan upaya untuk mendengar, melihat dan bercakap. Bayangkan betapa sukarnya beliau hidup dalam dunia yang hilang nikmat fizikal. Entah bagaimana beliau merasai nikmat berborak, mendengar muzik atau melihat pemandangan indah pantai.
Helen Keller adalah orang yang bisu dan pekak pertama yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Amerika yang berwibawa, beliau secara terbuka mengkritik dasar Woodrow Wilson. Helen Keller merupakan pengarang bagi 12 buku dan pemenang Pingat Presiden Kebebasan, beliau seterusnya mengabdikan hidupnya untuk bekerja untuk Yayasan Amerika untuk orang buta.
Satu kata-katanya yang memberikan kesan It’s a terrible things to see and have no visions. Pekak, buta dan bisu fizikal, tetapi berjaya. Malulah kita yang normal ini jika dengan segala indera yang Allah berikan kepada kita, tetapi kita  tidak mampu menyelamatkan kita dari terus dilembukan untuk kepentingan manusia lain.


Hellen Keller Hellen Keller 
  
Sudahkah Anda Putuskan Untuk BERJAYA?
Jon setai kami. Pasti kami bantu Anda Berjaya sehingga anda mencipta nama anda di mercu Kejayaan!

Wassalam~