Walaupun halnya last minute, tapi selesai juga.
Sejurus sampai kat rumah, terus aku buka laptop and check notification kat FB.
Takde yang menarik. So, aku pun berjalan-jalanlah di alam maya, baca post2, statsus2 orang lain...
Terdetik pulak nak menceritakan sikit pasal bagaimana nak jadi orang berjaya. Dalam konteks peniagalah... Kenapa?
Sebab SAYA seorang peniaga! (aku bertukar jadi saya pula...ada sebabnya tu...)
Gambar kat atas ni bukan buku untuk dijual okay, ini beberapa koleksi buku saya yang saya gunakan sebagai buku teks kehidupan. Barangkali ada yang berkata, "Why not refer Al-Quran je? Kan senang? Cukup lengkap ape?"
Jawapan saya; "Semua ilmu yang ada kat dunia ni Allah punya. Allah tu Maha Pemurah, so Dia bagi rezeki tu kat sesiapa je yang ikut cara kerja/perlaksanaan yang betul"
Mungkin anda tertanya-tanya macam mana nak ikut perlaksanaan yang betul sedangkan kitab tu kena belajar dari orang yang betul?
Simple je, sebab EVERYTHING kat dunia ni adalah ketetapan Allah. Sifat, sikap, citarasa semua tu Allah bagi sama rata walaupun anda OKU buktinya, orang buta pun faham istilah sakit hati, rasa manis gula, masa 24jam sehari dll. Yang membezakan kita ialah bagaimana kita dibentuk untuk terima semua nikmat tu. Nikmat yang mana satukah kamu dustakan? untuk lebih detail berkenaan hal ini, saya suggest anda baca buku karya Dr.MAZA "Travelog Minda Tajdid". Dalamnya ada ceritakan tentang konsep ululalbab yang sangat menarik!
Okay,
Jadi, first of all saya nak review tentang perkara paling utama dalam unsur kejayaan iaitu Matlamat ataupun Goal.
Kalau nak berjaya mesti kena ada goal. Dalam mana2 seminar yang saya pergi, seperti Millionaire Mind Intensive atau Kem Jutawan Dr.Azizan, semuanya menceritakan tentang SMART Goal. Apa tu SMART Goal? Ia adalah matlamat yang sangat jelas Specific, Measurable, Achievable, Realistic & Time-bound. Iaitu jelas dengan apa yang kita mahu, boleh diukur dan boleh dicapai dalam tempoh masa yang masuk akal (cth betul: saya mahu cek 10ribu bulan ini; cth salah: saya nak segunung emas).
Untuk dapatkan matlamat/goal anda, tidaklah susah, lihat kejayaan orang lain dan tanamkan apa yang teruja dan mahu capai seperti mereka kerana mereka berjaya melakukannya, kenapa tidak anda?
Namun, perlu diingatkan disini, untuk capai kejayaan, banyak halangan yang anda akan lalui. So, kejayaan anda boleh jadi datang dari inspirasi atau mungkin rasa terdesak. contoh situasi; anda sedang dikejar anjing. tiba2 dihadapan anda ialah longkang yang sangat besar! Tanpa berfikir panjang anda terus lompat dan anda berjaya!
Nampak tak dimana harapan anda? Mudahkan? Jadi apakah impian anda?
Ini adalah langkah kedua yang anda perlu lakukan. Visualization & Affirmation! Ataupun dalam bahasa melayunya 'membayangkan & pengukuhan'.
Ia sangat penting. Cara visualization yang paling mudah ialah dengan membuat papan impian/dream board/vision board.
InShaaAllah, dalam kesempatan yang akan datang saya akan kongsikan vision board saya. :)Affirmation pula ialah kata2 pengukuhan. Dalam Islam, setiap kata2 adalah doa. Saya sangat bersetuju! Setiap tingkahlaku, perbuatan dan pemikiran kita membentuk apa yang kita akan dapat. Sekiranya kita kata kita tidak mampu, sungguhpun dalam keadaan separa sedar, yakinilah Allah Maha Mendengar dan Dia akan tunaikannya. Sebab itulah dalam Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 10, Allah mengatakan sekira ada penyakit dalam hati seseorang, ia tidak akan dibuang bahkan ditambah lagi penyakit itu. Kesimpulannya, Untuk menjadi lebih baik, kita yang perlu menjadi lebih baik. Bagi perkara ini anda boleh rujuk buku berkenaan hukum daya tarikan/law of attraction dan kuasa minda separa sedar.
Last, untuk pagi2 buta ni... ialah berkenaan SIKAP. Ramai yang saya pernah jumpa sampai menjejeh(wah, istilah ape ni?) air mata. Menangis-nangis cerita pasal impian nak bantu keluargalah, nak jadikan karier hiduplah, macam2 cerita bab impian. Terutama yang baru balik dari suatu acara. Tapi end-up dengan gaya hidup yang lama, masih takde duit, masih tak yakin, masih MALAS kerja. Bagi perbaiki sikap anda dengan orang ramai, saya cadangkan anda baca karya Dale Carnegie "How to win friends and influence people". Ia sangat berguna untuk perbaiki kemahiran komunikasi anda. Terdapat dalam edisi bahasa Melayu. Dan untuk perbaiki diri anda yang bermacam alasan tu, bacalah tulisan Brian Tracy "No Excuse". Barangkali selepas baca, anda mungkin sedar bahawa anda sangat kejam terhadap diri anda sendiri... ;)
Ok, cukup setakat ni... lain kali kita boleh berkongsi lagi.
Oh, YA. suka saya cadangkan. Anda pergi cari buku "Why We Want You to Be Rich". Kuasa gabungan minda 2 Jutawan terhebat di dunia ini pasti membuatkan anda rasa lebih yakin untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai karier utama anda!