Thursday, 5 October 2023

Kita Mesti Terus Berusaha!


 Keadaan ekonomi makin teruk di Malaysia ketika ini.

Tapi syukurlah, hari ini rasanya masih belum rasa terlalu sempit.

Berkat bimbingan Tuhan melalui mediator-mediatornya. Melalui alam dan manusia.

Kita terus belajar.

Kita terus berusaha.

Jujurnya, jika terlalu bergantung harap dengan situasi politik semasa, rasanya susah nak hidup.

Mujurlah akal ini masih waras dan terbimbing. Jelas HARUS KEMBALI kepada fitrah.

Sekecil-kecil ruang harus dimanfaatkan.

Kawasan lapang dalam rumah kena jadi kebun. setidaknya jimat duit beli sayur.

Komuniti juga kena main peranan. Dapat komuniti yang boleh bela ayam/ikan sendiri tanpa gangguan dah jadi satu kelebihan. Alhamdulillah!

Banyak duit boleh jimat.

Masa yang berbaki dari kerja hakiki tu boleh guna untuk belajar dari kalamullah macam mana nak manfaatkan dari alam.

Itu yang saya fikir dan usahakan setakat ini...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^