Sunday, 11 July 2021

TUPPERWARE BOLEH MASUK DALAM MICROWAVE KE?



Kenapa bekas tupperware saya lembik kalau keluar microwave?


Boleh. Tapi tak semua.


Macam mana nak tahu tupperware yang boleh masuk dalam microwave?


Mula2 sekali tengok kat bawah bawah dia. Ada logo beralun tu. 


Tak dapat imagine beralun macam mana? Korang tengok gambar kat bawah la ye. 


Senang. Tak payah imagine. Scroll gambar bawah je nanti ye.


Lepas tu, selalunya tupperware yang boleh masuk microwave ni, dia ada vents atau lubang kat atas dia. 


Kecuali pinggan dan mangkuk la. Celah mana nak bubuh lubang kat pinggan.


Benda alah vent ni korang kene bukak masa panaskan makanan supaya pengaliran haba panas tu lancar.


Jangan tutup. Sebab kalau tutup rapat, walaupun bekas yang bukan tupperware sekalipun, kemungkinan akan jadi huru hara dalam microwave korang tu.


Sebab haba panas ni sifat dia mengembang. Takut meletup je dalam microwave tu. Seram nak bukak pintu microwave tu.


Lagi seram kalau jahanam tupperware mak kau dalam microwave tu. Takut kena halau dari rumah je.


Bukan semua bekas Tupperware boleh masuk microwave. Hanya segelintir sahaja. Ada jugak jenis yang boleh masuk oven, boleh masuk freezer, ada jugak yang dari freezer terus boleh masuk microwave. Macam-macam lagi la jenis dia.


Sebab tu la pentingnya masa korang nak beli Tupperware tu, korang kene tahu, nak guna untuk apa?  


Cara nak panaskan makanan dalam bekas tupperware sebenarnya, korang bukak vent dia tu dulu, lepastu panaskan selama 2 minit  paling lama. Lepastu cek la makanan tu.


Kalau tak cukup panas, tambah lagi 2 minit. 


Lagi satu, makanan yang jenis berminyak tu, kacau la kejap minyak tu, jangan biar dia kat atas permukaan makanan tu je. Sat lagi jahanam terkopek permukaaan tupperware korang tu. Sebab minyak kat atas tu akan menjadi terlampau panas.


Tak percaya try la bubuh jari. Takde la. Gurau. Hikhik. Gelak malu-malu.


Kenapa 2 minit je? Bukankah ada jenis Microwavable Rice Cooker Tupperware yang boleh masak nasi? 2 minit sempat ke masak nasi? 


Tu masak nasi dik. Yang abang cakap ni, panaskan makanan. Takkan kau nak panaskan beras kot?


Untuk rice cooker tu, max. setengah jam atau 30 minit. Tapi yang tu abang tak pernah guna. Jadi taktau la. So, abang tak berani la nak eksplen.


Selalunya, makanan boleh dipanaskan semula maksimum sebanyak 4 kali, sebab setiap kali korang masukkan dalam microwave, kualiti makanan tu akan menurun. 


Tapi kalau korang rasa ok nak panaskan sepuluh kali pun, belasah je la.


Sebab gelombang mikro yang panaskan makanan korang tu, akan bertindak balas dengan molekul air dalam makanan tu. 


Peh. Ayat nampak bijak.


Kalau korang nak makanan tu lembut sikit, selalunya diorang tambah air sikit la kan. Sikit je la air tu. Kalau bubuh secawan air kang, dia jadi sup pulak. Takpun bubur.


Seeloknya tutup la bekas korang tu. Kalau tak tutup langsung bekas tu langsung, makanan korang akan lebih kering dan kenyal. 


So, maknanya kalau abang yang masak, rasa dia takkan sesedap masa abang baru siap masak panas-panas tu. 


Tapi takpe. Kalau korang still nak rasa macam mana air tangan abang yang asal masa lepas panaskan makanan tu, meh kemam je tangan abang. Abang redho.


Kat bawak ni abang belanja korang gambar bekas tupperware yang boleh masuk microwave.


Kalau bekas cair sbb masuk microwave, cover warranty ke tak? Selalunya memang tak. 


Rasa macam banyak tak cukup lengkap info abang ni. Tapi harap dapat la menjawab persoalan ramai orang kenapa bekas dia lembik kalau masuk microwave?


Kalau ada yang takde, korang tambah la eh.

Kalau-kalau lepas ni abang ter ingat, abang tambah kat next post la ye.


Korang try la search:


1. tupperware blossom set microwaveable serveware


2. tupperware reheatable divided dish


3. tupperware soup mugs


4. Tupperware microwaveable click to go


5. tupperware microwaveable mugs


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^