Hai,
Assalamualaikum.
Salam Ramadhan. (^_^)
Apa khabar? Harapnya semua sihatlah ya.
Hari ni saya kongsikan sikit tentang Qualified Recruit.
Apa itu qualified recruit?
Apa kepentingannya?
Mari saya jelaskan….
QUALIFIED RECRUIT(QR)
Secara ringkasnya qualified recruit adalah seorang yang mendaftar sebagai ahli@konsultan dengan pembelian runcit berjumlah minima RM150 pada ketika dia kali pertama mendaftar.
Maksudnya, masa mula-mula daftar tu, dia bayar yuran ahli dan buat belian barang dengan jumlah minima RM150. Tapi tak bermaksud dia bayar RM150, sebab belum tolak harga ahli.
RM150 tu nilai runcit yang masuk dalam sistem. Yang dia bayar cuma 75% dari jumlah retail tu iaitu RM 112.50. Maka jumlah yang dia bayar ialah RM73.50 + 112.50 = RM186 sahaja.
Tapi, ada juga pilihan lain, iaitu daftar dengan pakej keahlian lain seperti turbo plus pack dan set treasure box. Jika daftar dengan set ni, anda tak perlu bayar yuran keahlian sebab dah termasuk DAN automatic jadi Qualified Recruit(QR).
KEPENTINGAN QUALIFIED RECRUIT
1. Sangat penting kalau nak naik pangkat dan dapat hadiah macam dalam poster atas tu.
2. Sales sesiapa pun boleh buat, tapi nak dapat qualified recruit ni mencabar sikit.
3. Nak jadi director kena ada 14 orang QR, nak dapat komisen pun kena ada QR.
4. Katakan anda baru daftar jadi ejen/ahli/konsultan. Untuk dapatkan komisen pada bulan itu anda kena ada sekurang-kurangnya personal sales berjumlah RM500(sama ada beli untuk kegunaan sendiri, jual pada orang lain atau kedua-duanya) pada bulan itu dan ada 2 orang QR pada bulan itu untuk pertama kali.
5. Andainya, salah seorang tu tak jadi QR, yang mana dia cuma daftar ahli biasa(RM73.50). Komisen overriding anda BURN! Walaupun seorang lagi tu dah QR dengan jumlah sales dia/team dia dah cecah RM10,000. Sangat Rugi!
6. Jadi, pastikan anda daftarkan ahli yang boleh jadi QR.
7. Jika anda sendiri yang nak mendaftar jadi ahli, pilihlah untuk jadi QR. Setidaknya tak lah berat sangat sponsor/upline anda nak layan. Mana tau, dia murah hati bagi hadiah lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^