Sunday, 28 June 2020

Tentang Tupperware Brands Malaysia


Sejarah Tupperware bermula pada tahun 1937 ketika ahli kimia dan pencipta Earl Silas Tupper bekerja di kilang Kimia DuPont, bereksperimen dengan plastik. Dia mengembangkan cara untuk membersihkan produk sampingan berasaskan petroleum menjadi bahan yang fleksibel, tahan lama, tidak berpori, tidak berminyak, tidak berbau dan lut sinar.

Pada akhir tahun 1940-an, seorang wanita bernama Brownie Wise, seorang ibu tunggal tanpa latihan penjualan formal, mula menjual produk Tupperware melalui parti rumah dengan kejayaan besar.

Sejak itu Parti Tupperware menjadi fenomena budaya. Rancangan parti rumah tetap menjadi teras perniagaan kami, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan menawarkan pengalaman menarik dan peluang perniagaan kepada individu. ORANG TANYA "EH, TUPPERWARE PUN ADA KOSMETIK JUGA?" Sebenarnya Tupperware tetap hanya produk plastik. TETAPI dalam Tupperware Brands ada 8 jenis sub produk.
1. Tupperware
Ini adalah produk utama. Produk plastik tanpa BPA yang anda kenal.

2. Nutrimetics
Dulunya ini syarikat berasingan. Namun disebabkan kemelesetan keuntungan dan demi mengelakkan syarikat ni bungkus, maka syarikat ini mengambil keputusan untuk bergabung dengan Tupperware. Lalu terbentuklah satu syarikat bernama Tupperware Brands Malaysia.

3. NanoNature
Sebuah syarikat yang buat waterfilter untuk Tupperware Brands

4. TupperChef 
Tak cukup dengan jual container plastik, maka sebuah segmen dibentuk untuk hasilkan produk khusus untuk alat memasak..

5. TupperClean
Sama kes macam TupperChef, tapi yang ini khas untuk cucian. Ada sabun pencuci, kain lap microfibre dan lain-lain. 

6. Naturcare
Yang ini sama macam Nutrimetics. Cuma, produknya ialah berkaitan kesihatan. Untuk kurus, untuk Rabun mata, untuk kawal gula dalam darah dan lain-lain terkait kesihatan.

7. TruSense
Ini produk baru. Rasmi tahun 2019. Segmen khas untuk jenis aroma theraphy.

8. Nuryn
Yang ini diperkenal awal tahun 2020. Produk ni lebih kepada kosmetik muslimah.
Masa mula-mula diperkenalkan ingatkan Nuryn tu nama orang. rupa-rupanya akronim.

N Setiap insan mempunyai NALURI  untuk tampil sihat, cantik dan menarik.
U Lantas kami menawarkan ramuan yang UNIK bagi kegunaan harian.
R RONA ekslusif tersedia sebagai pilihan.
Y YAKIN dengan kebersihan, kesucian, keselamatan tanpa keraguan.
N NIKMATI keberkesanan setiap produk yang mengagumkan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^