Wednesday, 18 December 2019

Back Order? Apa Tu?



"Hah? Dah habis? Kan masih dalam tempoh promosi? Ada harapan tak nak dapat botol air Boboiboy tu?", tanya Syam dengan dengan nada kecewa.

Situasi begini akan berlaku pada anda bila anda rajin ke stokis untuk buat order.

Hot item memang selalu cepat habis.

TAPI...

...sebelum anda kecewa tak tentu pasal. Cuba tanya dulu stokis soalan ni.

"Boleh buat back order tak?"tanya Syam lagi.

"Boleh, tapi barang sampai bulan depan ya." jawab staf stokis di kaunter.

Sekarang wajah pelanggan itu sudah melakarkan senyuman.

Back Order ialah pesanan berbentuk booking atau bayar kemudian. 

Lazimnya konsultan/ejen akan bayar dahulu. Pada hari order dibuat.

Jika stokis tidak pasti barang akan diterima di stokis, mereka hanya akan tempah sahaja tanpa bayaran sehinggalah produk tiba.

"SAYA NAK BUAT BACK ORDER, PETANG NI SAYA BAYAR DAN AMBIL DI STOKIS."

Selalunya saya buat macam ni.
Dapat order dari customer, saya akan maklumkan kepada stokis untuk buat back order.

Cara ni saya buat supaya tak buang masa untuk pilih barang di stokis.

Cuma, janganlah anda buat janji palsu pada stokis. Nanti mereka tidak percaya pada anda dan mungkin terkesan pada orang lain juga.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^