Saturday 19 May 2018

Tips Jual Tupperware di Facebook

NAK BANYAK SALES DARI FB

Ini masalah ramai orang. Lebih-lebih lagi yang baru bermula. Ikutkan pengalaman saya selama 4 tahun ni, newbies yang baru daftar ada 3 masalah ni, sampaikan sales diorang LANGSUNG TAK JALAN.

1. BERTANGGUH
- Gambar upline dah bagi, info pun dah buh kat group. Tapi iklan satu pun tak lagi.
Yang lagi teruk, duk tunggu upline sediakan segalanya.

2. BANYAK TANYA, NAK TUNGGU PANDAI
- Tanya banyak tu bagus, untuk dapat info dan kepastian. Tapi, kerja tak gerak² juga.
Assembly malas nak pergi, buh gambar kat fb pun malas. Tanya kemain banyak, detail nak tepat. Padahal Yoshi dulu, iklan dulu baru tanya. Sebab proses belajar tu kena seiring dengan usaha. Kalau nak tunggu pandai, mau jiran sebelah adik kakak beli barang dengan orang lain dulu.

3. CEPAT GIVE UP, ASYIK KOMPLEN
- Iklan baru sehari, ada yang tak sampai seminggu, dah komplen tak dapat sales. Marah dengan orang yang jual harga ahli. Yoshi nak pesan sikit. Jangan asyik nak salahkan keadaan sekeliling atau orang lain. Sila FOKUS PADA DIRI.

Jadi... kepada anda yang ada masalah ini, bawah ini Yoshi ada ubatnya..


SOLUSI

1. Iklan Kena Banyak
- Rajinkanlah update status fb dengan iklan Tupperware. Kurangkan upload benda yang sia². Lagi kerap iklan, lagi tinggi potensi dapat buyer.

2. Friend Kena Ramai
- Pergilah kat group facebook Tupperware, tudung ke, kaki shopping ke. Tengok siapa yang komen nak beli. Add orang tu sebagai friend. Kita nak jual online mesti cari buyer yang suka beli online.

3. Banyakkan Menulis
- Sila tulis dengan ejaan penuh. Haramkan terus ejaan budak² wicet dalam medsos anda! Ini penting! Tulis pendek² pun tak apa. Sebab dari penulisan kita juga boleh pilih prospek yang kita nak. Dan ia juga baik untuk kesihatan otak supaya lebih berkembang.

4. Gambar Kena Banyak.
Iklan Tupperware wajib ada gambar! Sebab gambar menceritakan banyak perkara.
Tulis caption pendek² pun takpe.
Tak perlu banyak info
Biasa orang tanya saiz & harga je

InsyaAllah, setiap usaha pasti ada hasilnya. 😊
Harap² korang follow tips ni. INGAT! Jangan sesekali lemau, fokus pada DIRI SENDIRI.

Kalau korang yang baca ni belum jadi ahli Tupperware, jom join team Yoshi.
Klik je kat tab daftar di atas, atau klik link  DAFTAR SINI 
Atau hubungi  013 973 3779 



1 comment:

Terima Kasih! ^_^