Thursday 21 December 2017

CARA NAK KENAL MLM HANCING

MACAM MANE NAK KENAL MLM KENCING KAT MALAYSIA🇲🇾
************************************
🎁
Korang konfem dah pernah kena tipu dengan member yang takde ribut takde hujan tiba-tiba ajak minum, tapi rupa-rupanya nak promote MLM(Multi Level Marketing).
🎁
Market untuk bisnes MLM kat Malaysia ni sebenarnya besar dan dijangka menjadi antara yang terbesar di Asia dengan jangkaan hasil pulangan sebanyak RM8 billion pada tahun 2020. Yang join biasanya student, suri rumah, orang pencen, dan jugak orang yang ada kerja tetap. Ini kerana MLM biasanya menjanjikan untung yang berlipat kali ganda.
🎁
Tapi impian terindah hanyalah sementera. Realitinya pedih. Statistik daripada KPNDKK menerima lebih 12 ribu aduan mengenai MLM setahun. Selain dari jumlah orang yang buat aduan, pengalaman peribadi dorang yang sebenarnya buat rasa sedih dan marah. Bila dengar cerita-cerita peribadi pasal kes kena tipu MLM ni buat runtun hati kami.
🎁
So macam mana nak kenal dan elak dari MLM tipu :

1⃣Produk yang ditawarkan tak wujud atau takde nilai

Emm, okay so takde produk dorang jual apa? Kalau korang tanya, dorang akan jawab “rahsia bro, nak tau kena join dulu“, takye pun dorang akan reka produk yang macam agak melampau macam ubat yang boleh bunuh AIDS atau pun rambut Hang Tuah (takde la betul-betul, tapi produk dorang mengarut dan takde nilai). Pastu bila korang berjumpa, dorang selalu alihkan perhatian korang dari produk tersebut tapi straight forward ke sistem piramid tersebut.

Tindakan: Sebelum join, pastikkan korang tanya betul-betul produk apa yang dorang jual

2⃣Dipaksa untuk tarik orang lain

MLM fake biasanya takde produk untuk dijual, so dorang focus kat tarik orang ni sebab orang atasan akan dapat duit lagi banyak kalau downline lagi ramai. Kebiasaanya dorang akan cuba tarik orang rapat dulu macam ahli keluarga dan kawan-kawan.

Tindakan: Check produk tu, kalau memang wujud dan ada value then tu atas sukahati korang lah nak buat apa. Tapi kalau dorang suruh cari orang dan ‘abaikan’ produk, korang cabut je jangan layan. Oh, kalau ikut undang-undang Malaysia, konsep bayar untuk join ni sangat tegas.

3⃣Korang pulak yang kena bayar untuk join

Kalau skim piramid ni mintak yuran macam-macam – untuk training lah, untuk kemasukan lah, tandanya pembohong besar la tu.

Tindakan: Check kompeni punya cash flow – kalau duit keuntungan datang daripada dalam dan bukan luar syarikat – macam mana bisnes nak tahan lama. Menurut Direct Selling of Association Malaysia (DSAM), ‘starter kit’ dalam kompeni yang sah biasanya tak lebih RM200, dan memaksa member baru untuk beli stok atau melabur adalah tidak dibenarkan.

4⃣Dorang tak register dengan DSAM atau pun SSM

Syarikat MLM yang halal kena register dengan Direct Selling of Association Malaysia (DSAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Lagi satu cara nak check adalah korang boleh usha sejarah syarikat tu. Kalau company tu dah ada lebih dari 5⃣2⃣ tahun mcm Tupperware, kemungkinan besar syarikat tu boleh pakai lah, sebab MLM tipu biasanya akan cabut bila dorang dah dapat untung.

Tindakan : Check dengan DSAM kat sini dan juga SSM kat sini atau pun korang boleh check kat Suruhanjaya Sekuriti. Kalau nak extra selamat, Google nama syarikat itu dan baca review.

Untuk mengetahui bisnes online Tupperware bole watsap ke

www.wasap.my/60139733779/saya+nak+tahu+pasal+tupperware

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^