Saya Menjalankan Perniagaan Secara Dalam Talian. Anda mencari produk untuk dijual? Jom sertai saya sebagai ejen dropship.
Jom Tapau Weh! ✌☺
tupperware malaysia | sabun pemutih organik | choco albab sungai petani
Sunday, 25 December 2016
Soalan Lazim Orang Nak Join Tupperware
Hari ni. Krismas.
Stokis semua cuti.
So,Yoshi tulis blog je hari ni...
Since ada banyak masa... so boleh la Yoshi tulis panjang skit.
Rata-rata masalah orang yang nak join online ni kebanyakannya;
1. Nak cepat dapat income
2. Nak ayat power untuk promote
3. Nak upline support modal
Kenapa saya kata 3 perkara tu satu masalah?
Sebab.... biasanya diorang ni end-up akan tak buat bisnes ni.
Puncanya satu je... MALAS
Tapi, tak kan nak ngaku malas kan?
Jadi... dia bagi lah alasan, tak cukup masa sebab jaga anak lah, sebab sibuk kerja lah...
Maka, modal serendah RM78 tu pun dia pincing mata je... "Alah, dapat tupperware. Kira dapat barang dan boleh diskaun dah ok dah..."
Tu la dia ayat penyedap hati... Padahal sebenarnya nak kaya.
Kekadang tau juga dia terasa ruginya bila tau sedara dia beli ngan orang lain.
Ada rasa cemburu, tapi masih lagi sejukkan hati dengan alasan "Takpelah, rezeki orang tu... kalau aku jual pun tak dan nak urus" Padahal hati bukan main excited untung RM10 bila jual satu barang...
Alasan-alasan tu tak wajar sebenarnya... sebab saya dah jumpa RAMAI ibu-ibu termasuk yang kerja jururawat, guru yang jadi ahli tupperware dan mereka berjaya!
Tak caya nanti korang pergi assembly atau lagi best, join jubilee.
SO, APA NAK BUAT BILA DAH DAFTAR JADI AHLI TUPPERWARE?
1. BACA INFO
+ Walaupun membaca tu amalan mulia dan satu tuntutan tapi ramai yang kafir(berpaling) dari amalan mulia ni.
Nak baca info sikit pun MALAS.
Punyalah panjang info dah letak kat page daftar... dia tanya lagi soalan lazim.
- Apa kelebihan join tupperware?
- Berapa persen diskaun?
- Berapa komisen kita dapat?
- Beli sendiri dapat komisen tak?
Jawapan:
- join tupperware ni banyak sangat kelebihannya! Asal capai target je, CONFIRM ada hadiah!
Berapa target biasanya?
= itu bergantung kepada challenge yang tupperware buat tiap2 bulan, atau tempoh mana...
- Biasanya berapa lama?
= Tak ada biasanya... Sentiasa follow up dan alert dengan offer dari HQ. Korang hari2 belek wasap jangan la duk tengok gosip/sembang kosong je... info dalam group tu tolong alert OK..
Hadiah ada macam-macam, vacation, trip.... tupperware dan banyak lah!
Baca sendiri kat sini <---
- diskaun korang dapat 25%, even level paling atas pun diskaun cuma 25%
- komisen ada banyak level. Once korang jadi ahli, korang boleh dapat komisen over-riding 3% dari sales downline. Tapi korang tak boleh la makan komisen tu goyang kaki.
Ada syaratnya... Korang sendiri pun kena kumpul poin sales. At least 500. Poin tu korang dapat dari sales. RM1 = 1 poin. Means, nak dapat 500, kena la jual sampai RM500.
Jangan risau, RM500 tu nilai harga katalog. bukan harga diskaun... means 500 tu kos dia baru 375
- Beli sendiri ada komisen tak? TAK ADA....
Apa hal beli sendiri nak dapat komisen? Baik bagi diskaun terus!
2. AYAT PROMOTE POWER
Bab ni sebenarnya korang kena pergi kat satu tahap kerajinan yang lain.
Ayat power ni TAK WUJUD sebenarnya...
Sebab setiap orang terkesan dengan cara yang berbeza.
Tapi kalau nak tahu pasal ayat power...
JANGAN TANYA UPLINE... nak dapatkan cadangan boleh...
SILA JOIN SEMINAR atau program yang ajar pasal ayat-mengayat ni.
Skill tu anda kena cari dan praktis.
Ada sesetengah orang, ayat power pun dah bagi. Tapi disebabkan MALAS nak iklan, last2 tak berguna juga...
Yang penting kena rajin iklan... saya sendiri pun duk letak... "Nak? PM/wasap 013 973 3779" je... sebab tupperware ni produk orang dah kenal. Kita tak perlu nak ayat power2 kecuali untuk rekrut.
3.MODAL
Pasal modal ni memang tak nafi, ada banyak modal lagi bagus sebab ada customer nak tengok, nak pegang barang tu... Tapi sepanjang 3 tahun saya bersama Tupperware, saya dah lama tak simpan stok.
Apa yang saya buat;
Iklan kat FB -> Jawab PM -> Customer Bank-in -> Saya ambil stok di stokis -> Pos
Simple je...
Takde nak pening nak restock barang, nak simpan kat mana... tak payah! Tenang & Cool je...
Means, orang miskin pun boleh buat... modal tak sampai seratus pon. RM78 bayar sekali je....
SAYA NAK JOIN TEAM YOSHI, BOLEH BIMBING SAYA TAK?
Tentulah,
Tapi jangan harapkan saya suap segalanya.
If you are willing to success. ASK! Tanya saya banyak kali pun takpe.
Saya suka kesungguhan orang yang nak berjaya.
First step, DAFTAR SEKARANG...
Nak tanya lebih...?? sila whatsapp 013 973 3779
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^