Friday, 23 October 2015

Tips Untuk Buka Pemikiran Positif

tupperware malaysia murah | katalog tupperware malaysia catalogue | tupperware sungai petani kedah | tupperware tawau sabah
Atas nama Tuan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang
BismiLLAHiRahmanirRahim 

Assalamualaikum,

Pemikiran positif ni dah bukan suatu yang rahsia lagi. Ramai yang dah tahu. Cuma untuk mengamalkannya secara sedar tu mungkin bagi sesetengah orang sedikit mencabar. Tapi ramai juga yang mudah lakukannya.
Sungguhpun pemikiran positif tu melibatkan penjagaan disiplin diri, ia bukan hanya satu faktor yang menampakkan gaya hidup sihat secara luaran. Tetapi ia juga memerlukan motivasi dalaman.
Seseorang tu mesti memotivasikan dirinya sendiri supaya dia boleh melihat sebahagian dari realiti dunia hari ini.

Di sini saya nak kongsikan 4 tips untuk memudahkan kita sama-sama boleh amal.



1. Asingkan Pemikiran Negatif
Cukup-cukuplah dengan pemikiran negatif tu. Dah lama terbiasakan? Cuba biasakan dengan pemikiran yang lebih positif.
Bagaimana? Baca lebih banyak buku, pergi ke seminar.
Kurangkan merungut, mengumpat, borak kosong, selalu bersangka baik, lihat pada hikmah, lihat kelebihan sesuatu, sentiasa bersyukur dan tenang dalam masalah.

Jangan anda mudah terpengaruh dengan orang lain terutama yang pandang rendah dengan impian anda. Sama ada anda nak kaya, nak kurus, nak cantik atau apa saja!

Nak menulis pun kena rajin tulis yang baik-baik saja.

2. Jadi Lebih Teratur
Kalau anda dah biasa mengatur masa, diri dan kewangan anda tak apalah. Kalau yang belum biasa tu, cuba biasa-biasakan. Buat tabung, uruskan masa hari ni, esok, lusa nak buat apa. Plan A dan Plan B.
Jangan asyik nak tunggu je. Tunggu nantilah, kejap lagi lah.

Bila kita selalu tangguh. Tu yang jadi macam-macam tu. Duit selalu tak cukuplah, masa tak cukuplah, nak REHAT pun TAK CUKUP.

Anda boleh mula dengan kemas rumah, susun dan simpan makanan dalam peti ais tu betul-betul.
Asingkan jenis kering, jenis sayur, daging, bakas mana sesuai nak masuk peti... 
Mudahnya Bila Ada Tupperware!

3. Aktiviti Jasmani
Satu lagi cara untuk membantu anda menjadi positif adalah dengan bersenam secara teratur. Mempunyai sesuatu yang boleh dilakukan yang boleh bawa fikiran anda lari dari kebimbangan akan membantu anda kembali bertenaga dan memikirkan cara-cara untuk menangani ia.

Aktiviti fizikal, walaupun sesuatu yang mudah seperti berjalan di sekitar kawasan kejiranan anda, boleh membersihkan fikiran anda. Jika anda minat sukan, sertai mana-mana pasukan dan anda akan dapat galakan dari orang-orang yang berkongsi minat yang sama seperti yang anda.


4. Meditasi dan Senaman Ringan
Meditasi dan senaman ringan seperti yoga boleh bantu membuat anda bermotivasi. Senaman ringan meningkatkan fleksibiliti anda di samping menguatkankan dan membentuk otot anda. Ia membantu mengimbangi chakra anda, menolak tenaga negatif dari badan anda dan memberi ruang untuk tenaga positif.Satu lagi pilihan adalah meditasi. Bayangkan diri anda penuh dengan kebahagiaan dan bahawa anda mampu untuk mencapai segala yang anda pernah mahu lakukan.Pendekatan lain adalah untuk mewujudkan imej mental semua huru-hara dan kekeliruan dalam hidup anda berpecah ke dalam ketiadaan. Kemudian menggambarkan ruang kosong yang ditinggalkan dipenuhi dengan semua yang anda mahu, contohnya, ketenangan jiwa, kemakmuran, kebahagiaan dan kebebasan daripada kebimbangan.Anda boleh melakukan latihan ini sebelum anda tidur untuk membantu anda berasa lebih tenang.Ingat, hanya negatif memasuki fikiran anda jika anda membenarkan ia. Ia adalah benar-benar terpulang kepada anda untuk mencipta masa depan yang anda mahu untuk diri sendiri.Apabila anda belajar bagaimana untuk berfikir secara positif, ia akan menggalakkan dan memberi motivasi kepada anda untuk memperbaiki keadaan anda dan membantu orang lain di sekeliling anda melakukan perkara yang sama. Anda berhak mendapat kebahagiaan dan ini adalah pilihan anda sama ada anda mahu menerima atau tidak.Jika anda sendiri bermotivasi, anda akan mencapai banyak perkara dalam hidup dan anda akan berjaya dalam kerjaya dan dalam hubungan anda.


Ikhlas,
Yoshi

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^