Thursday 22 October 2015

Dari Suri Rumah Bangkrap Jadi Jutawan!

tupperware malaysia murah | katalog tupperware malaysia catalogue | tupperware sungai petani kedah | tupperware tawau sabah 
Atas nama Tuan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang 
BismILLAHiRahmanirRahim

Assalamualaikum, 

Beberapa tahun yang lalu, saya mula tertarik dengan kisah-kisah bagaimana orang biasa boleh menjadi kaya dengan idea yang cukup mudah. Kemudian saya mula membuat catatan kisah-kisah mereka dalam sebuah buku.

Saya banyak menyelidik kisah-kisah daripada negara-negara barat. Ini bukanlah disebabkan dinegara kita tiada jutawan tetapi kisah mereka agak sukar untuk didengari.

Daripada kisah-kisah mereka ini, beberapa kesimpulan dapat saya berikan iaitu :

•Tiada sijil atau ijazah (kurang pendidikan) bukanlah penyebab sesorang tidak boleh menjadi kaya.
•Keadaan persekitaran juga bukalah menjadi penyebab, walaubagaimana anda dibesarkan anda masih boleh menjadi kaya.
•Lebih kuat anda bekerja, maka lebih kaya adalah satu perumpamaan yang tidak benar.
•Sesiapa juga boleh menjadi kaya asalkan jujur dan amanah!



 Anda akan mendapati idea-idea daripada mereka ini cukup simple tetapi mereka berjaya menukarkannya kepada wang ringgit!

Apabila anda mula membaca kisah-kisah mereka dan mendapat semangat, anda perlu memikirkan idea-idea anda sendiri “ jika sayaboleh mencipta satu idea.. mungkin saya boleh, jika orang lain boleh buat, mengapa tidak saya? “

Saya dapati walaupun ramai orang yang mempunyai idea, antaranya ada yang, menguntungkan, tetapi kebanyakkan orang biasa tidak tahu bagaimana hendak menjadi kaya daripada idea mereka. Jadi daripada
10 orang biasa ini anda boleh jadikan panduan bagaimana hendak menukarkan idea-idea anda menjadi wang ringgit sehingga boleh bergelar jutawan.


  
Saya berharap kisah mereka ini akan memberikan anda semangat untuk mencari idea anda sendiri dan menjadi kaya.

Anda pasti boleh – kisah-kisah berikut adalah buktinya.

*******************************************************

Idea 1: Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

*******************************************************



Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun

Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan menjadi seorang hero.

Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)

Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.

Jualan : Seluruh dunia.

Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.

 
Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,

Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.

Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah mencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari
kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah, beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju
untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya.

Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)

Bagaimana dengan cerita ni?
Beri anda inspirasi?

Demi Kejayaan Anda,

Yoshi~
0139733779

PS: Cuba bayangkan jika anda mempunyai kad sim yang
mampu buat duit tanpa henti walaupun anda pergi bekerja, shopping atau
tengok astro sepanjang hari! Ini bukan lagi khayalan...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^