Thursday 6 August 2015

Resepi Penyediaan Air Stok

tupperware malaysia murah | katalog tupperware malaysia catalogue | tupperware sungai petani kedah | tupperware tawau sabah 
Atas nama Tuan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang 
BismILLAHiRahmanirRahim 

Suka menggunakan STOK Ayam / Stok Tulang dalam masakan anda? Ragu-ragu dengan sumber-sumber STOK yang ada di pasaran? Dari MANA dan bagaimana haiwan itu disembelih? Siapa yang menyediakannya?

Jika anda ragu-ragu/ syubhah apa kata buat sendiri air stok anda? 
Hidup tanpa makanan HARAM dan Syubhah adalah lebih BAIK lagi murni...

Saya nak kongsi cara mudah buat air stok sendiri. Jom masak tanpa Syubhah! CEPAT LAZAT BERKHASIAT JIMAT LAGI BERKAT

Bahan-bahannya :
Tulang Ayam/ tulang Lembu/ Leher atau Kaki Ayam
Air secukupnya
Halia 2 inci diketuk-ketuk
2 biji bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih dimayam
Kayu manis 2
Buah pelaga 3
2 sudu garam
2 biji Tomato di potong 6
2-4 biji kentang potong 4
4 helai Bay leaf.
Akar-akar : seperti akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
Kulit lobak yang dikupas.
3 sudu serbuk lada putih/ lada hitam.
 

Cara-cara :
Semua Bahan di atas di rebus. Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Guna untuk memasak atau disimpan di dalam freezer.
Sebaik-baiknya direbus dengan api yang kecil 5 jam. Jika anda ingin simpan lama di dalam freezer. Bungkus 1 plastik 1 plastik. Senang bila nak guna keluarkan sahaja dan panaskan.
Boleh juga direbus hanya sejam sekiranya ingin terus digunakan.


SELAMAT MEMASAK! CEPAT, LAZAT, BERKHASIAT, JIMAT LAGI BERKAT!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^