Apa Itu Set Level Tupperware??

jual tupperware malaysia murah | tupperware malaysia catalogue | tupperware malaysia branch | tupperware malaysia promotion 
Atas nama Tuan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang 
BismILLAHiRahmanirRahim

 Agak lazim juga bila ada yang baru belajar meniaga Tupperware ni keliru dengan istilah 'set level' atau 'Level Set'.
Antara soalan yang kerap keluar;
"Set level tu rupa macam mana?"
"Macam mana nak beli set level?"
"Level satu tu apa? Level dua tu apa? Ada level tiga tak?"

Kenapa keluar soalan-soalan macam tu? Sebabnya, contoh macam bawah ni...
Contoh peniaga menjual set level
Kerap kali bagi 'pembeli setia' Tupperware memang menantikan set level. Kenapa? Sebab bentuknya unik, cantik dan SUKAR diperolehi!
Dan bila ada peniaga macam atas ni jual online... mesti kena serbu punya. Kalau harga macam cik Nina ni boleh dikatakan harga standard atau biasa. Dan bagi pembeli tegar boleh dikatan agak murah la...
Sebelum saya sambung, tinggal nombor fon jap 013 973 3779...

okay, sambung baca...
Untuk kasi lebih jelas, tengok dulu gambar ni....
contoh 1

contoh 2

contoh 3

Okay, saya explain satu demi satu ya. Saya pasti anda nampak persamaannya. Semuanya ada tiga tingkatan pembahagian. Level 1, Level 2 dan Hostess Special.
Kita ungkaikan jawapan yang kerap ditanya ni satu demi satu...

1. "Set level tu rupa macam mana?"
JAWAPAN: Set level berubah-ubah masa demi masa mengikut kempen bulanan. Jadi stoknya adalah terhad. Kebanyakannya adalah produk Tupperware luar dari Malaysia.

2. "Macam mana nak beli set level?"
JAWAPAN: Ada beberapa tahap dan peringkat belian yang membolehkan anda beli set level. Cara PALING MUDAH pastilah beli dengan peniaga Tuppeware. Kalau anda DAH AHLI ada cara yang PALING MURAH untuk dapat set level. Sila baca jawapan soalan dibawah.

3. "Level satu tu apa? Level dua tu apa? Ada level tiga tak?"
JAWAPAN: Level Satu ialah unit produk Tupperware yang dijual dengan syarat belian berjumlah tertentu dari produk dari muka surat lain. Produkyang mempunyai tanda harga NETT tidak dikira bagi pembelian set level. Set pakej pendaftaran ahli Treasure Box dan Twinkle Sunshine Set juga tidak layak untuk pembelian set level.
4. "Apa Syarat Pembelian Set level? Berapa harganya"
JAWAPAN: Untuk pengetahuan sebelum kenaikan GST, pembelian bersyarat bagi set level ada 3 peringkat iaitu RM480 bagi level satu, RM680 bagi Hostess dan RM880 bagi Level 2. Kini, formulanya begini;
Jenis Level | Syarat Belian | Harga Beli | nota*
Level 1 | RM520 | RM20.00 *dapat beli level 1 sahaja
Level 2 | RM950 | RM25.00 *dapat beli full set. Level 1+Level 2+Hostess
Hostess | RM730 |
Harga pada katalog -25% *dapat beli level 1 dan Hostess sahaja.
Syarat belian ialah mengikut nilai pada katalog. Sebagai ahli bayar seperti biasa iaitu dengan diskaun 25%. contohnya, Kalau total sales tu RM940, bayar cuma RM705.

Sudahkah anda faham berkenaan set level? Ada sebarang pertanyaan? Whatsapp atau call saya 013 973 3779

Yoshi
CEO/Founder jomtapauweh.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^

Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Search This Blog

Jom Jadi Peminat Tupperware Malaysia

Google+ Followers

Followers

Tupperware Sg. Petani TV: Jom Tapau Weh!

i-Radio LTFM