jual tupperware malaysia murah | tupperware malaysia catalogue | tupperware malaysia branch | tupperware malaysia promotion
Damai sejahtera~ Saya yakin ramai yang ada dan telah memulakan
perniagaan di facebook. Tapi ada juga yang hanya kerana ikut-ikutan. Tengok orang berniaga
di facebook, dia pun nak juga. Sebelum berniaga kena tahu kenapa kita pilih
facebook sebagai medium untuk kita berniaga.
Tidak
semua orang berjaya berniaga di facebook. Kena ada ilmu. Kena belajar.
Di sini saya kongsikan 10 tips penting berkenaan berniaga di facebook.
1. Kita kena tahu yang orang guna facebook untuk bersosial, bukan nak tengok iklan.- Anda kena tahu apa yang anda jual dan di mana nak cari pelanggan. Pelanggan ada di tempat bersosial, bukan di group-group iklan. Ramai orang hari ini terutama yang baru bermula iklannya beratus-ratus. Copy-n-paste. Tapi end of the day masih tak ada sales. Pilih group yang orang ramai borak, berkongsi gambar-gambar dan informasi setempat.
2. Tawarkan NILAI yang produk/servis anda boleh beri pada orang lain.
- Saya juga buat kesilapan ini awalnya. Konsep "saya-jual-awak-beli" ni orang tengok pun terus skip!
Anda kena tahu apa yang orang nak dan apa yang produk anda boleh bantu. Tunjukkan kelebihan produk anda, kenapa mesti mereka beli dan kenapa servis anda loebih baik dari orang lain.
3. Gambar biar jelas dan nampak menarik. Terlalu banyak watermark antara punca iklan nampak serabut.
- Disebabkan terlalu banyak persaingan dan tak suka orang curi gambar antara punca ramai orang letak watermark. Tapi watermark yang terlalu banyak tidak bagus. Nampak serabut. Imej sebenar barang perlu ditonjolkan supaya orang tertarik nak beli. Gunakan kombinasi warna yang baik, kemas dan bersih supaya tak serabut orang memandang.
4. Anda tahu produk, servis atau bisnes anda bagus. Tak perlu selindung atau sorok cas/syarat tersembunyi. Lebih telus lebih baik.
- Ini antara kelemahan ramai peniaga. Kononnya nak tapis yang benar-benar serius sahaja. Terus terang saya katakan kalau saya pun, tengok iklan kata boleh dapat RM2000 sehari dengan modal RM10, saya pun tak mahu. Takut kena tipu! Orang nak tahu cara atau bisnes yang anda niagakan tu menyenangkan mereka atau tak.
Kalau nak tapis sangat, tulis siap-siap. Yang serius pasti akan hubungi anda!
5. Display harga. Saya faham ada dealer yang terikat dengan akta jualan langsung yang mengharamkan anda display harga diskaun. Tetapi anda masih boleh letak harga retail dan minta orang PM jika mereka mahu harga diskaun.
- Dah la tak tunjuk harga. Nak tunggu dia balas PM kadang-kadang makan hari. Inilah masalahnya. Tunjuk saja harga tu. Kalau ada rezeki, orang tahu produk/servis anda boleh beri manfaat kepada mereka, pasti ada pembeli.
6. Layan saja karenah yang bertanya. Kalau mereka sekadar bertanya pun, sekurang-kurangnya mereka tahu servis anda bagus!
- Ada sesetengah peniaga kalau orang tanya harga sahaja pun dia dah naik hantu. Walhal dekat iklan langsung tak letak harga. Biasa lah tu pembeli survey harga. Anda kena tahu, pembeli tak peduli dan tak nak ambil tahu berapa anda untung. Yang penting, dia dapat harga paling murah, servis paling baik.
Sebab itulah, anda kena letak harga dalam iklan dan psycho pembeli dengan budi bahasa yang buat mereka rasakan mereka menang.
7. Disiplinkan diri guna ejaan penuh dari guna bahasa 'alien' atau shortform. Ia bagus bagi mengelakkan salah faham.
- Masa di sekolah kita dah diajar guna shortform bila tulis nota. Sampaikan sekarang pun guna lagi. Lebih teruk lagi bila ejaannya diubah seolah-olah bahasa asing! Biasakan guna yang betul. Bukannya makan kredit atau data pun kalau tulis ayat penuh.
8. Banyakkan perkongsian berbanding random updates.
- Perkongsian yang saya maksudkan ni bukannya share status orang saja. Share atau kongsikan ilmu, games, kata-kata motivasi dan gambar menarik yang baik. Lebih positif profil anda, lebih mudah untuk anda menarik pelanggan. Ada yang saya tengok di wall nya asyik keluh masalah peribadi, puisinya berdarah-darah, berjijiran air mata. Ada sesetengah tu asyik duk maki-maki orang, mengumpat, mengata. Kalau jenis macam ni, pelanggan anda senang kena rembat!
9. Guna kelebihan Fan Page. Banyak LIKE tak semestinya banyak sale.
- Tentunya ada orang guna FbAds untuk tingkatkan LIKE di page masing-masing. Tapi anda kena ingat, anda nak berniaga, bukan nak banyak like. Ada yang komplen, page dia ada lebih 1000 like, tapi sale susah nak dapat.
Memanglah tak dapat kalau anda tak 'promote' produk/servis anda. Anda kena faham apa fungsi LIKE. Kalau dah ada ramai yang like, banyakkan iklan!
10. Anda mesti ada ramai kawan. Kalau tak ada, sila add!
- Cari lebih ramai kawan supaya sekali sekala anda boleh tag mereka untuk berkongsi apa yang anda offer. Dan, kalau dah iklan kat group tu, jangan lupa iklan kat wall sendiri juga. Dua-dua kena jalan. Iklan di wall sendiri dan group. Ingat semula poin pertama, orang datang facebook untuk bersosial. Jadi, kalau dah friend tu, janganlah asik nak kempen je. Jadilah kawan juga. Rajin-rajinkan komen di wall kawan anda. Tanya khabar, ucap tahniah dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^