Jom Tapau Weh! ❁ MEMANG BEST!

Dapatkan pelbagai maklumat di sini dan ikuti kisah perjalanan saya bersama Tupperware Brands Malaysia! Jom Tapau Weh! ✌☺

jual tupperware malaysia murah | tupperware malaysia catalogue | tupperware malaysia branch | tupperware malaysia promotion

i-Radio LTFM

Search This Blog

Sunday, 15 February 2015

Man Jadda WaJada

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah " adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

َدَجَو َّدَج ْنَم - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

َدَصَح َعَرَز ْنَم - Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."

ْحَجْنَي ْدِهَتْجَي ْنَم - Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh adalah dituntut dalam agama Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah Yunus, 26)

Sesungguhnya ruang kebaikan, rezeki, ilmu, kebahagian, kekayaan dan pahala itu sangatlah luas. Tanpa usaha yang teliti dan bersungguh-sungguh maka seseorang itu tidak akan berjaya meraihnya.

Ibaratkan kalau tak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya!

Sabda Rasulullah saw: "Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit." (HR. Abu Hanifah)

Akhir sekali lakukanlah sesuatu usaha itu dengan niat yang ikhlas, berprinsip dan bermaruah.

Sepertimana sabda Nabi saw: "Janganlah kamu menjadi orang yang "ikut-ikutan" dengan mengatakan "Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim". Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, "Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya". (HR. Tirmidzi).



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^

Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Followers

Google+ Followers

TABUNGAN + PERBELANJAAN = PENDAPATAN

TABUNGAN + PERBELANJAAN = PENDAPATAN
Cuba buat keputusan jumlah yang anda ingin simpan sehingga ke waktu tertentu, kemudian campurkan dengan kadar perbelanjaan bulanan anda. Hitung jumlahnya untuk tentukan kadar pendapatan yang anda perlu perolehi.

Tupperware Brands menyediakan pelbagai pendapatan dan tabungan yang anda mungkin perlukan.

Jangan tunggu sampai esok. Hubungi Yoshi SEGERA di 0139733779 atau jomtapauweh@gmail.com