Personal Coaching

Tupperware Malaysia Online Pilihan No.1!!
INOVASI PRABAYAR TERKINI

PERCUMA Tanpa Syarat

<--SILA KLIK--><--SILA KLIK-->

Saturday, 27 December 2014

Resepi Tamagoyaki

Konnichiwa!!

Hari ni saya nak share resepi Tamagoyaki. Secara bahasanya tamagoyaki bermaksud telur(tamago) yaki(kicap). Dan ia biasanya manis.
Jadi, bahannya tentulah ada telur, gula dan kicap. Biasanya orang Jepun makan tamagoyaki dengan kicap soya yang tak berapa pekat atau dengan mayonis dan dijadikan menu dalam bento.

Untuk masak tamagoyaki ni ada kemahirannya. Kena flip atau gulung betul2 masa memasak. Baru jadi! Sebab biasanya ia dimasak guna kuali khas.

Bahan2:
3 biji telur
2 sudu gula
1 sudu teh mirin/cuka
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh kicap
sedikit minyak untuk memasak

cara2:
1. Campur semua bahan dan kacau sampai sebati.
2. Panaskan kuali/pan dan sapu sedikit minyak. Biasanya guna kertas je sapu minyak. Asalkan telur x melekat.
3. tuangkan adunan sikit2. Mula2 buat satu lapisan nipis, bila tepinya dah mula masak, lipat 2 atau 3 ke tepi. Tuang adunan lagi sebelah, pada kawasan yg dah kosong tadi dan bila tepinya dah masak sikit, lipat yg kita dah lipat tadi naik atas bahagian yg baru masak tadi. ulang proses sampai selesai adunan dan nampak tebal.
4. Bila dah siap goreng, tunggu sekejap dan potong kepada beberapa bahagian. Done!

Selamat mencuba!
Yoshi-san

1 comment:

Terima Kasih! ^_^