Ramai orang sedang sibuk
nak bagi pinjaman kepada usahawan, bakal
usahawan dan graduan tetapi
mereka tidak ajar bagaimana nak berniaga dengan
berjaya, mereka tidak ajar
bagaimana nak pastikan perniagaan peminjam tinggi
jualan dan keuntungan.
Sampai masa
mereka expect pinjaman dibayar
dan jika tidak? Di sita, blacklisted atau
declare bankrupt.
Itu memang misi pemberi pinjaman, beri pinjam. Memanglah
mereka tidak beri pinjam
sesaja, mereka tengok paperwork tetapi nama pun
paperwork, atas kertas semuanya
untung.
Sebab
itu saya selalu pesan rakan bisnes dan anak didik saya, jangan
meminjam untuk berniaga jika
tidak ada ilmu. Peluang gagal adalah sangat
tinggi.
Jangan
belajar pinjam duit tetapi belajar buat duit.
ILMU
penting. Belajar memulakan perniagaan dengan apa
yang ada ditangan. Banyak
bisnes yang boleh dibuat tanpa perlu meminjam, tanpa
perlu buka kedai, tanpa perlu
keluarkan produk serta kos yang mahal.
Tupperware misalnya. Modalnya rendah, hanya RM70 sahaja!
Jika
ada ilmu, hutang berlambak dan bankrupt pun
Insya Allah boleh dilangsaikan.
Maruah boleh ditebus.
Misi
mereka adalah beri pinjam kerana itu KPI mereka.
Nak
pinjam boleh, ada waktunya. Dan bila tiba
waktunya, pinjam sebanyak yang
boleh.
Terpulang.
Salam Hormat.
PS: Kalau orang tak bagi pinjam jangan sentap pula. Itu hak mereka. Teringat kat panggilan hangit Hot FM...
Mahu internet pantas dan plan fon yang takkan mengecewakan anda? Klik gambar di atas! |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^