Damai Sejahtera,
Semua orang impikan kebebasan dari beban kewangan dan masa, tapi malangnya hampir kesemua orang ini gagal kecapinya. Secara asasnya terdapat 10 sebab kenapa KITA tidak berjaya kecapi kebebasan kewangan dan masa ini.
# 1 – KITA Fikir Ianya Mustahil Untuk Dicapai
Alangkah indahnya jika hidup kita bebas dari memikirkan masalah kewangan, bebas untuk melancong ke mana sahaja tanpa henti, berbelanja apa sahaja yang kita idamkan tanpa rasa bersalah untuk memilikinya. Ini merupakan impian kehidupan semua manusia, tetapi berapa ramai yang berjaya mencapai tahap kehidupan ini? Secara realitinya, ramai yang gagal kerana di dalam diri mereka sering terucap satu perenggan ayat:
“Berhenti mimpi di siang hari! Kau takkan dapat semua yang kau idamkan, kau umpama angan-angan Mat Jenin…”
Ayat inilah yang sering didengari di dalam kepala ramai manusia. Kadang kala ia tidak berbunyi di dalam kepala, ia berbunyi melalui sindiran percakapan oleh ahli keluarga, rakan dan orang sekeliling.
Apabila ayat ini diulang beribu kali tanpa henti, secara tidak langsung ianya akan menjadi kepercayaan yang abadi di dalam diri yang membawa kepada satu ayat baru iaitu:
“Ianya mustahil untuk dicapai.”
Kepercayaan karut inilah punca yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa. Disebabkan terlalu percaya kepercayaan karut ini, kita mula bertindak sambil lewa, malas mencari ilmu yang boleh membawa kebebasan kewangan, tak nak berjumpa dengan orang terbukti berjaya untuk meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi kaya dan berjaya. Senang cerita, kita akan cuba mencari pelbagai alasan karut kerana kita percaya bahawa kebebasan kewangan dan masa itu ‘Ianya mustahil untuk dicapai’.
#2 – Anda Tidak Mempunyai Perancangan
Jangan asyik membazir air liur dengan mengatakan “Suatu hari, aku akan bebas dari masalah kewangan dan masa”, pastikan anda mempunyai perancangan yang khusus untuk mencapainya.
Keinginan kuat sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak digandingkan dengan pelan pelaksanaan dan strategi untuknya. Tiada gandingan kedua-dua ini akan membawa anda kembali semula ke alam angan-angan Mat Jenin.
Apakah perancangan anda dalam masa setahun? 3 tahun? 5 tahun? Strategi dan pelan pelaksanaan apa yang akan anda gunakan bagi mencapai segala perancangan ini?
Mencabar tak soalan ini? Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah mencari sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian tuliskan jawapan bagi kedua-dua soalan ini secara ringkas terdahulu. Selesai baca keseluruhan artikel ini, baca kembali jawapan anda dan tulis semula sehingga ia menjadi satu perancangan yang terperinci dan realistik untuk dicapai.
Bertindak sekarang! Jangan berlengah-lengah!
#3 – Tidak Nampak Apa yang Diimpikan
Salah satu rahsia kenapa orang berjaya terus berjaya dan berjaya lagi ialah mereka nampak apa yang mereka inginkan.
Papan visi (vision board) merupakan antara formula rahsia yang dapat membantu anda merealisasikan impian bebas masalah kewangan dan masa. Tulis segala impian dan matlamat anda di atas papan visi ini. Kalau boleh sertakan gambar-gambar yang boleh mencetuskan perasaan geram atau tak sabar untuk memilikinya.
Pastikan letak papan visi ini di tempat yang paling senang dilihat oleh mata anda. Sebelum melakukan apa-apa kerja, anda dicadangkan untuk melihat papan visi ini terdahulu. Lihat dengan semangat tinggi untuk mencapainya. Kajian menunjukkan papan visi mampu membantu menambah keyakinan diri untuk berjaya serta dapat menghakiskan kepercayaan karut ‘mustahil’ secara separa sedar.
#4 – Tidak Bayar Diri Sendiri Dahulu
Jangan jadi seperti orang lain, terima gaji sahaja terus habis bayar hutang dahulu. Beri keutamaan untuk membayar diri sendiri dahulu sebelum bayar benda lain.
Apa yang dimaksudkan dengan membayar diri sendiri dahulu? Membayar diri sendiri dahulu bermaksud setiap kali anda mendapat gaji tetap atau apa-apa jenis pendapatan sampingan, cepat-cepat asingkan 10% dari wang yang anda miliki ke tempat lain. Dicadangkan agar anda membuka satu akaun bank khas untuknya. Jika malas sangat, buat sahaja satu tabung bekas plastik.
Wang 10% ini anda boleh gunakan untuk menaik taraf (upgrade) diri sendiri melalui carian ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kebebasan kewangan dan masa. Jika mempunyai simpanan yang banyak, anda boleh sertai seminar-seminar yang menawarkan jalan penyelesaian kewangan dan masa. Bila sudah memiliki ilmu, wang 10% ini juga boleh digunakan untuk melabur dalam emas, saham dan hartanah.
#5 – Ego Terima Nasihat Orang Lain
Buangkan ego anda jauh-jauh ke dalam laut. Anda kena akui bahawa anda masih kekurangan ilmu untuk bebas dari masalah kewangan dan masa. Sudah tiba masanya untuk anda bertanya dan menerima nasihat dari orang lain yg berjaya.
#6 – Tidak Mencipta Pemikiran Orang Berjaya
“Untuk berjaya anda mesti tiru orang dah berjaya dan anda pasti terpaksa berjaya!”
Di dalam negara Malaysia, terdapat beribu mentor yang terbukti berjaya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih salah satu darinya. Pilih mentor yang bersesuaian dengan matlamat hidup anda, sebagai contoh, jika anda ingin berjaya menjadi seorang tukang masak ternama, pilih mentor Dato Chef Wan antara orang yang sesuai membimbing anda.
Copy and Paste je apa yg Mentor anda buat sehingga menjadikan dia kaya dan berjaya.
#7 – Diselubungi Aura Negatif Sepanjang Masa
Anda tidak akan berjaya jika diri anda asyik diselubungi aura negatif. Hanya dalam keadaan positif sahaja anda mampu berfikir secara kreatif yang boleh membawa kepada kejayaan hidup.
#8 – Tidak Kekalkan Momentum Tindakan
“Orang berjaya akan mulakan sesuatu sehingga ianya habis berjaya.”
Jangan berhenti di separuh jalan, kekal momentum tindakan, kuatkan semangat dan cekalkan hati bagi menghadapi segala rupa cabaran yang bakal menjelma. Cabaran ini hanyalah bersifat sementara, manakala kejayaan akan terus mengukir kejayaan demi kejayaan tanpa henti.
#9 – Takut Untuk Berkorban
Ini kisah sejauh mana anda sanggup berkorban demi mencapai impian kebebasan kewangan dan masa.
Anda mesti bersedia masa untuk cari ilmu, luangkan masa membaca buku atau bahan bacaan lain yang berbentuk ilmiah. Jangan bazirkan masa dengan aktiviti yang tidak membawa apa-apa manfaat diri. Siap sedia untuk bertindak ke arah sasaran perancangan anda.
#10 – Tidak Bersyukur
Orang yang tidak bersyukur umpama orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan untuk hidup di dunia ini – dalam kata lain “hati kering”.
Kenal pasti kekayaan dan kejayaan yang anda miliki sekarang, bersyukur dengan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang bakal menjelma. Bersyukur kerana anda masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia, rakan yang setia dan lain-lain kebaikan lagi. Tiada gunanya anda mempunyai kebebasan kewangan dan masa jika anda tidak menghargai keindahan kehidupan ini.

menarik ! terima kasih kerana berkongsi ... :)
ReplyDeletesama-sama ;)
ReplyDelete