Bunga Kegemaran Saya

chapter 29
Damai Sejahtera
Atas nama Tuhan semesta alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apa khabar semua?
HARI ini dah pun hari ke 29 untuk cabaran 30 kelab blogger Ben Ashaari. Cepat betul masa berlalu ye...
Result top 5 DIQ bulan lepas pun dah keluar, nak tahu tak siapa yang berjaya?
jom ucapkan TAHNIAH kepada mereka!
 Hebat mereka-mereka ni...if kawan2 semua nak kenal mereka klik sini. kat situ ada link facebook mereka.

OK, hari ni sebenarnya nak cerita pasal bunga kegemaran saya. Bunga ni ada nilai sentimental buat saya...
Bila saya tengok bunga ni,
saya teringat zaman kanak2 masa tinggal dengan nenek. Saya sayang sangat kat nenek. Bunga ni banyak di tanam di laman rumah arwah nenek.
Masa kecik dulu saya suka petik bunga ni pastu bubuh dalam cawan isi air. Eksperimen kononnya...
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Berikut adalah beberapa variasi Bunga Raya:


1 comments:

  1. Bunga raya memang cantik dan bokeh buat penawar demam...

    ReplyDelete

Terima Kasih! ^_^

Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Search This Blog

Jom Jadi Peminat Tupperware Malaysia

Google+ Followers

Followers

Tupperware Sg. Petani TV: Jom Tapau Weh!

i-Radio LTFM