Surat Kepada Mak

Chapter #15

Damai Sejahtera
Atas nama Tuhan yang Maha Pemurah lgi Maha Penyayang
Kalau tulis surat yang special ni... memang touching sikit. Tapi, saya tak mahu sedih-sedih sangat. Saya nak bina semangat.
So, dalam surat ni saya akan guna bahasa saya kepada ibu saya.
Ibu yang saya panggil 'mak' dan diri saya yang dipanggil 'long'.



Mak,
        First of all, long nak minta maaf kalau long sakitkan hati mak. Long bukan sengaja... tapi long ada prinsip. Long tak mahu jadi lemah, tak mahu ditindas. Kekuatan adalah segala-galanya. Kuat iman, kuat fizikal, kuat usaha dan kuat pendirian.
Long tak suka tengok orang lemah ditindas. Cukuplah long tengok mak dan abah yang sesalu beralah dengan adik beradik lain yang sibuk berebut harta atok nenek.
Mak cakap long selalu membazir ratus-ratus pergi seminar bisnes dan suruh long belajar dengan MARA atau badan kerajaan yang free je. Mak selalu suruh long kerja dengan kerajaan supaya hidup senang dan ada pencen.

Mak,
       Long tak mahu jadi macam mak. Long nak restart kehidupan ikut panduan. Allah cakap jangan ikut nenek moyang sebarangan. Fitrah Allah tu jadikan bumi ni luas dan kaya dengan rezeki. Fitrah Allah cakap perniagaan tu 9/10 dari rezeki. Fitrah cakap manusia kena belajar dengan orang yang berjaya untuk dapat kejayaan. Allah cakap manusia yang beriman, berhijrah dan berjihad yang beroleh kemenangan. Long nak ikut fitrah. Biarlah mak cakap long ni degil pun. Tapi Alhamdulillah, sebab ikut fitrahlah long jadi bos sendiri yang boleh jaga finance sendiri, dapat rumah sendiri, ada kereta sendiri. Boleh bayar duit bulan-bulan ringankan beban keluarga. Long gembira :)

Terima kasih mak kerana percayakan long hari ni walaupun sebelum ni long banyak bergaduh dengan mak. Long syukur sampai ketahap kehidupan sekarang ni. InsyaAllah, long nak bantu masyarakat pula. Mereka pun layak dapat rahmat Allah.


tulus dari hati,
Khairul Mukmin bin Sahrin

.:: Cabaran 30 Hari::.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^

Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Search This Blog

Jom Jadi Peminat Tupperware Malaysia

Google+ Followers

Followers

Tupperware Sg. Petani TV: Jom Tapau Weh!

i-Radio LTFM