Tuesday, 30 September 2014

Mood Saya Hari Ini

Chapter  27
Damai Sejahtera~
atas nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pagi tadi saya jalan-jalan kat taman jubli sambil bersenam skit. Berpeluh sikit kan elok untuk kesihatan...
Ada juga la orang sampai ke tengah hari yang suka pi exercise kat sini.
Pas exercise, saya pergi pula stokis. Hari ni kena closing cepat-cepat. Barang banyak dah takde. Esok dah start barang baru jual...

Dua stokis saya kena pergi. Kesnya, textured canister dah abis di stokis Tupperware Sg.Petani. So, terpaksalah saya ke Gurun, Kedah.
Gurun ni dah hampir dengan Alor Setar. Lebih kurang 40 mini dari rumah saya di Bandar Sri Astana, Sg.Petani, Kedah. Staf-staf stokis sini semua ramah. 

Happy sangat hari ni sebab dapat settlekan sale dan dapatkan barang customer. Tak sabar tunggu hari esok. Sekarang ni saya shopping jap di Central Square beli wrapping plastic untuk bungkus hamper.

Untuk makan tengahari ni, saya mood nak makan sushi. HAHAHA.... Ringkas tapi cukup semua khasiat. Cukup air, carbohidrat, protien dan vitamin pelbagai. Kurang minyak, kurang lemak. Sebelum pi makan, kena la mandi dulukan, badan dah melekit, berbau, nak pi jalan-jalan pula...
salmon teriyaki pilihan saya. Ada 2 hirisan salmon goreng dengan sayur kicap.
PS: Bangga dengan poster rekaan saya terpilih dan digunakan untuk seminar Tupperware di Seremban baru-baru ni... wooohooo!



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^