Sekadar ilmu pengetahuan... di ambil dari whatsapp group peniaga2..
Awas Dengan Aktiviti “Front-Loading”
Pertamanya, front-loading.
Nak masuk, disyaratkan beli barang secara pukal (banyak) sekali gus. Supaya bisnes jalan cepat katanya. Kenapa perlu begitu? Dah ramai kumpulan MLM lain yang buat macam tu yang akhirnya produk tersadai di bawah katil. Ataupun dilelong secara murah pada kawan-kawan sebab nak bayar balik pinjaman. Mungkin itulah menyebabkan ramai orang fobia apabila disebut MLM.
Akhir-akhir ni, saya tengok, banyak kumpulan MLM yang galakkan buat pinjaman untuk memulakan bisnes. Kenapa tak bermula dengan modal yang kecil, mengerakkan produk seadanya, dan berkembang sikit demi sedikit? Lambat katanya…
Awas Dengan MLM Yang Tak Pentingkan Produk
Pada saya, adakah sebab lambat, atau sukar nak menggerakkan produk disebabkan produk tak berkualiti, ataupun terlalu tinggi berbanding nilai sebenarnya? Produk yang kita sendiri tak ada feel, mana mungkin kita boleh menggerakkakan produk. Kalau tak kerana sertai ‘skim’ MLM ini, mungkin mereka tak akan belipun produk tu. Maka nak mudah buat bisnes atas produk yang susah digerakkan, buat pinjaman, beli secara pukal!
Dah buat pinjaman, masuk skim MLM. Tak payah jual, tak payah pergi meeting (belajar), cari saja beberapa kepala masuk bawah kita. Kemudian, tunggu saja duit masuk dalam akaun! Oh, semudah itu… “See you at the beach of the world” sinis mentor kami kepada sesiapa yang suka cari jalan mudah!…
Saya cukup sedih dengan fenomena ni. Ada kenalan yang sanggup buat pinjaman berbelas dan berpuluh ribu untuk buat MLM katanya. Ada yang berhenti kerja kerajaan, pergi ke Sabah, tapi akhirnya bisnes tak jalan. Kemudian balik ‘merempat’ semula ke Semenanjung. Bukan sahaja hilang pekerjaan, bahkan terhutang pulak dengan Bank Rakyat gara-gara kerana MLM! Huh… sudah jatuh ditimpa tangga…
Awasi Dengan Aktiviti Head-hunting
Keduanya, head-hunting.
Head-hunting maksudnya, duit masuk sangat-sangat bergantung pada kepala yang masuk bawah network kita. Kalau tak ada orang baru masuk, maka tak ada pendapatan. Sebagai contohnya, nak dapat balik modal RM10,000, kena cari 5 kepala! Tak ada kepala baru, maka tak ada bisnes!
Kawan-kawan, sampai bila bisnes boleh bertahan kalau pendapatan berkadar terus dengan kepala baru yang masuk dalam network kita? MLM yang berpengalaman dan bertahan lama, selalunya bukan bergantung kepada kepala yang masuk, tapi pada produk berkualiti yang digerakkan yang dibeli dengan tujuan yang sebenar!
Produk Digerakkan Dengan Tujuan Sebenar
Kalaupun mereka cari kepala baru, hanyalah untuk melatih orang baru supaya boleh menggerakkan produk. Menggerakkan produk bukan hanya dikalangan ‘ahli’, tapi pelanggan-pelanggan di luar sana yang sentiasa mengalu-alukan produk mereka. Produk mereka berkualiti.
Kalau anda nak berbines MLM, pastikan anda sukakan produknya. Pendek kata, kalaupun anda tak jadi ahlinya, anda tetap akan beli produknya. Itulah bisnes MLM yang genuine (sebenar). MLM, hanyalah kaedah pemasaran untuk menggerakkan produk, bukan menggunakan produk sekadar ‘mengaburi’ undang-undang dan hukum syariah.
Ah… banyak perkara sebenarnya yang nak saya kongsikan pasal MLM ni. Tapi ruangan blog ni cukup terbatas. Sayang pada kawan-kawan yang terkena dan bakal terkena dengan MLM ni.
Pendek cerita, lihatlah bisnes MLM dari kaca mata seorang ahli perniagaan, bukan kaca mata seorang pekerja yang cuba-cuba nak berniaga dan selalu cari jalan senang untuk senang. Lihat profil syarikatnya. Semak track record syarikat. Baca Laporan Tahunannya yang telah diaudit. Cuba produknya. Selidiki kualiti produknya. Lihat organisasi pengedarnya. Apakah program pendidikan yang disediakannya. Tanya hati kecil anda, apakah orang yang datang benar-benar ingin membangunkan anda, atau sekadar nak ‘selamatkan dirinya’?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^