Friday 12 September 2014

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Saya

Chapter #9

Damai Sejahtera
Atas nama Tuhan yang Maha Pemurah lgi Maha Penyayang
Okay, entry ni saya tak letak spesifik jenis-jenis lelaki. Tetapi saya akan hi-lite beberapa orang lelaki yang memberi kesan dalam hidup saya.
5. T. Harv Eker
Saya kenal beliau dari video Secrets: Law of Attraction. Banyak ilmu berkenaan menarik kekayaan dan menjadi magnet kebahagiaan saya belajar dari beliau. DAri beliau juga saya kenal ramai motivator terkenal hari ini seperti Bob Proctor, John Maxwell, Jim Rohn, dan lain-lain.

4. Robert Kiyosaki
Siapa tak kenal kan? Jutawan hartanah yang tak jauh kepada Donal Trump. Berbanding dengan D.Trump yang agak sombong, saya lebih sukakan beliau kerana sifat tegas, merendah diri dan sentiasa tersenyum. Beliau sangat menggalakkan orang-orang biasa ceburi bidang MLM. Malah beliau sendiri banyak membuktikan kejayaan yang nyata dalam hidup beliau terutama dari segi kesihatan dan kewangan.

3. Abang Faizul
Nama penuh abang Faizul ni terpaksa saya simpan atas permintaan tuan badan. Saya kenal beliau dari satu event. Asalnya saya sangkakan beliau ni koordinator event yang bekerja di hotel. Masa mula-mula jumpa tu dalam hati cakap. "Hebat juga Melayu ni boleh jadi manager di JW Mariot Hotel ni...". Rupa-rupanya dia pun group sama bisnes dengan saya. Kisah hidup beliau sebagai anak sulung menjadi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih gigih. Beliau kehilangan ayah pada usia belasan tahun ketika sekolah rendah. Jadi sebagai abang beliau pikul banyak tanggungjawab sebagai ketua dari kecil. Beliau seorang yang tegas dan beliau membuka mata saya kepada betapa pentingnya hadir event/majlis ilmu. Sebab beliaulah saya tak jemu-jemu hadir ke event2 bisnes.

2. Cikgu Anuar
Beliau cikgu elektrik saya ketika sekolah menengah. Bermula tingkatan 4 ketika saya masuk sekolah vokasional Kuantan. Secara luarannnya beliau cuma orang biasa, tetapi bila kenal beliau lebih rapat, saya jadi lebih concern dengan masa depan saya. Beliau berulang alik dari daerah Pekan ke Kuantan semata-mata kerana isteri beliau mengajar di sana. Dan beliau tak pernah abaikan bab solat walaupun terlewat/sibuk. Dari beliaulah saya teruja nak jadi muslim yang ambil berat bab agama dan jadi lelaki yang hebat. Sebab dulu saya hampir menjadi seorang aethist. Tubuh saya mengamalkan amalan orang Islam. Atau dalam kata lain, ibadah yang ritual tu semua saya boleh buat. Nak jadi imam pun boleh. Tapi jiwa saya sekelumitpun tak pernah anggap Islam tu luar biasa.

1. Muhammad bin Abdullah
A.k.a Rasullullah s.a.w. Pada 1400 tahun yang lalu beliau hadir sebagai pembawa amanat di dunia ini sebagai pembawa damai sejahtera. Baginda kembalikan sesuatu yang dibawa oleh Ibrahim, Nuh, Musa dan Isa dan melalui fasa yang sama. Kebingungan, beriman, berhijrah dan berjihad.
Banyak perkara yang beliau lakukan luar dari perkara mistik. Itu yang saya banggakan. Pernahkah kita dengar beliau balik nak tengok bini bersalin? pernahkah kita dengar beliau mengeluh anak sakit? Pernahkah kita dengar cerita beliau sibuk jaga anak bini kat rumah? TIDAK kan? Itulah manusia yang luar biasa! Bukan beliau tak jaga, tapi lihatlah bagaimana didikan yang beliau beri dan terima. Sebagaimana umat bersatu, kaum-kaum isteri boleh uruskan rumah tangga orang lain. Buka jaga tepi kain, tapi boleh bantu kalau bini orang lain nak beranak, isteri si polan boleh bantu sementara si suami bekerja. Tambah pula baginda mampu beri kasih sayang kepada isteri dalam kesibukan bekerja. Dan baginda tidak hidup fakir. Malah mampu peroleh banyak harta. Tetapi harta itu dikongsi untuk manfaat keluarga, sahabat dan masyarakat. LUAR BIASA!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^