Saturday, 12 July 2014

Pray for Gaza

Assalamualaikum,
dalam bulan puasa kali ini banyak betul cabarannya...
selain dari menahan nafsu dan kelekaan terhadap FIFA 2014.

Umat Islam di Gaza diuji dengan kesengsaraan. Ramai diantara kita di Malaysia yang menderma untuk bantuan. Tak kurang juga dari sokongan doa...

Tetapi...
Qunut nazilah nak hancurkan musuh Islam, nak hancurkan yahudi kononnya... tapi sampai sekarang Allah SWT masih tak izinkan dan puak yahudi tak hancur2 lagi dan masih lagi membunuh orang Islam di Palestin.

Mana silapnya?
Kenapa umat Islam masih susah nak dapat bantuan dari Allah sepertimana zaman Nabi dan para sahabat dulu?

Yang sebenarnya..
kita tak dapat bantuan Dari Allah..
sebab kita (termasuk aku), tak buat kerja yang jadi sebab dapat bantuan dan Rahmat Allah..
kita tak mulia dan jadi hina..
sebab kita (termasuk aku lagi sekali), tak buat kerja yang jadi sebab dapat mulia dan tidak hina..
Orang puak yahudi tak takut kalau kita lebih ramai dari mereka walaupun dengan jumlah yang berlipat kali ganda..
Tapi puak yahudi ni takut bila mana semua orang Islam solat Subuh berjemaah di Masjid @ surau sama ramai macam mana solat Jumaat....

Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau umat Islam (lelaki) masih belum berhubung dengan masjid?
Tidak berjemaah di masjid?
meninggalkan amal2 masjid? sehinggakan kadang solat subuh pun terpaksa diqada'kan atau lebih sedih lagi ditinggal terus!
Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau amal agama yg paling basic pun sudah gagal..

Awas, kita tidak akan terlepas dari pertanyaan Allah, apa yg kita lakukan terhadap agamaNya
disaat agama disiat-siat oleh umat Islam sendiri..
Takkan nak jawab,
Sekurang-kurangnya saya dah doa dah.. saya dah salur bantuan ke tabung Gaza saya ambil peduli juga soal umat Islam..
"Sekurang-kurangnya" kamu cakap????????

Saudara...
Sebenarnya terdapat perbezaan antara BANTU UMAT ISLAM dan BANTU ISLAM.
Kamu beri sumbangan dan bantuan kepada umat Islam di Gaza, kamu baru bantu umat ISLAM, belum bantu ISLAM.
Kamu beri sedekah dan bantuan pada pelajar-pelajar agama di Madrasah , kamu baru bantu umat Islam, kamu belum bantu agama Islam....
Bantu umat Islam, orang kafir pun boleh buat..

Ronaldo sanggup jual kasut emasnya semata-mata mahu bantu umat Islam di Palestin tapi dia belum membantu agama Islam..

Bagaimana nak bantu agama Islam?
USAHA ATAS IMAN YG SOHEH dan USAHA ATAS AMAL YG SOLEH...
Untuk diri sendiri dan juga orang lain..
Itu baru dinamakan, KITA TELAH BANTU
AGAMA ISLAM...

Usahakan bagaimana suasana Iman di zaman para sahabat r.hum dapat kembali lagi..
Barulah bantuan Allah akan bersama kita. In shaa Allah

Tahukah Anda?
Para pelanggan McDonald's di Malaysia menyumbangkan 10% kepada McDonald's USA.
5% promotion fees & 5% royalti.
Ingat, 10% daripada gross sale, bukan profit.
McDonald's USA seterusnya menyumbang kepada Jewish United Fund, satu dana yang menyokong usaha ketenteraan Zionis Israel.

Ini berita tahun 2013.
Setiap bulan McDonald's Malaysia terima 12 juta orang pelanggan, bersamaan 400,000 orang sehari.
250+ outlet McDonald's di seluruh Malaysia.
Andaikan setiap pelanggan ambil set paling murah,
McValue Meal @ RM 5.90
400,000 x RM 5.90 = RM 2,360,000 sehari gross sale.
Maka jika sumbangan 10% daripada gross sale,
RM 2,360,000 x 10% = RM 236,000 sehari dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.

Sebulan ?
RM 236,000 x 30 hari = RM 7,080,000 sebulan dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.

Setahun ?
RM 7,080,000 x 12 bulan = RM 84,960 ,000 setahun dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.

Ini baru sumbangan anda melalui McDonald's.
Starbucks ?
Coca Cola ?
Danone ?
Nestle ?
Lagi, dan lagi, dan lagi...

Jadi, saya nak tanya, berapa RM yang anda mahu sumbang untuk Zionis ?
Berapa RM yang anda mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin ?
Kalau tak terasa apa-apa, I don't know what to say anymore.

I rest my case.
Teruskan makan, teruskan menyumbang... Untuk
zionis...
Sekian & terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca sampai habis.

PS : Feel free to tag yourself or to share or whatever.

#savepalestine #pray4gaza

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^