Thursday 9 January 2014

Nombor KOD Plastik


Assalamualaikum,
Apakhabar? hari ni nak cerita sikit pasal plastik.
Pernah tak korang tengok simbol segitiga di bahagian bawah botol minuman plastik dengan lebih terperinci? Tahutak apa maksudnya?
Itu bukan simbol kitar semula tau...ia petunjuk kepada kita berkenaan BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Dulu saya selalu ingat nombor2 tu mewakili berapa kali boleh pakai. Ternyata ia ajaran yang SALAH!

Kod nombor ini menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu produk sampingan dari bahan Petroleum).
Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. JOM kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.


Resin Identification Symbol System (SPI)
Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan berikut : Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE), High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena (PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)
 
Penggunaan kod SPI adalah bertujuan untuk menyembunyikan tahap bahaya bahan kimia terhadap produk plastik di pasaran

Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru telah muncul di pasaran dunia.

Jenis-Jenis Bahan Plastik
 

No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET

Biasanya untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. D
Disarankan hanya sekali pakai sahaja sebab kalau kerap guna lebih-lebih lagi isi air panas, lapisan polimer pada botol akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat.

No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)
Lazimnya pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.

No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)
Ia plastik yang paling sukar dikitar. Biasa digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. 
Mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.

No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.

No. 5 - Polypropylene (PP)
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan

No. 6 – Polystyrene (PS)
Biasanya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan.
Styrene boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.

No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)
Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A(BPA). Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.

Kesimpulan
INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja.
Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7. 
PILIHLAH Tupperware!

Sumber Rujukan :

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^