Thursday, 26 December 2013

Kenapa Saya Pilih MLM

Assalamualaikum,

Setelah saya menceritakan tentang bisnes MLM boleh pegi ke tak... Agak bertalu-talu jugak PM, SMS dan panggilan yang saya terima. Ada kawan2 ajak lepak kedai mamak, ada yang jauh sanggup nak datang ke Pahang, ada kawan yang dah lama tak dihubungi pun menghubungi saya kembali...

Mungkin itulah tanda-tanda MLM ni best sebab dapat ramai kawan, kawan yang jauh rasa dekat, kawan yang dulu jadi best freind lama tak contact, kini kita tau serba sedikit pasal keluarga dia, ada kawan2 yang dah tak ingat pun, tiba2 teringat semula kenangan manis waktu bersama....
Akhirnya, satu keputusan telah dibuat setelah membuat perbincangan dan mendapatkan restu dari Mak dan Abah, sedikit kajian mengenai MLM yang ditawarkan oleh kawan2 dan sudah pastilah Istikharah turut disertakan...
So, saya nak bagi sedikit perkongsian mengenai MLM yang saya hasil pengalaman selama 3 tahun GAGAL dalam MLM (aktif tak aktif) dan sedikit kajian saya terhadap MLM... Jika bersetuju SHARE artikel ni dengan rakan2... kalau tak bersetuju, atau ada penambahan pendapat, silakanlah komen...


1. Kenapa MLM

a- Ramai yang negatif (menolak) bila orang ajak join MLM. Malahan ada yang anti terus... Ini disebabkan terlalu banyak pengalaman kegagalan serta kerugian dalam pelaburan yang mereka sendiri alami atau sahabat2 mereka.

b- Tetapi ramai yang kurang memahami kenapa syarikat MLM ditubuhkan?
Sebab pertama : Syarikat dapat menjimatkan kos pengiklanan, kos membuka cawangan, kos sewa cawangan dan macam2 kos lagi. Pengguna produk atau ahli yang akan jadi agen syarikat untuk mempromosikan produk syarikat dan syarikat itu sendiri..
Sebab kedua : Syarikat dapat mempromosikan produk mereka melalui rakan-rakan ahli. Ini bermaksud, apabila rakan yang terdekat mempromosikan produk syarikat, produk tersebut lebih mudah untuk dipercayai, berbanding syarikat yang tidak dikenali itu sendiri yang mempromosikan sesuatu produk. Masalahnya branding... Lain la kalau syarikat dah ternama buat MLM... Confirm mudah laku, sebab produknya dah ada jenama...
Sebab ketiga : Syarikat akan dapat keuntungan yang berterusan melalui 'Maintain' Volume Points yang dikenakan kepada setiap ahli... Ahli pula boleh gunakan produk tersebut ataupun menjual kepada orang lain...
c. Sistem MLM pula, sudah pastilah syarikat akan memilih sistem yang menguntungkan mereka. Walaubagaimanapun, semua sistem MLM ini menguntungkan pihak syarikat dan juga usahawan MLM. Cuma usaha yang membezakan. Ada yang kata, masuk MLM mengkayakan orang atas...
Saya turut bersetuju dengan pendapat macam tue... tetapi mereka yang berada di atas pun pernah berada dibawah. Mungkin rezeki, tuah dan usaha dia jugak untuk menjadikan dirinya orang diatas... Ramai jugak kawan2 yang jadi orang terawal dalam MLM, tp usaha tak seberapa, setakat tengok je la orang lain atau group lain berjaya.
d. Tips yang nie, memang ramai leader MLM akan guna, kalau nak join MLM tengok la berapa tahun syarikat tu berjalan... Paling kurang pun 10 tahun katanya.... Mmmmm... pengalaman lepas, syarikat yang dah bertahan di oversea selama 20 tahun pun lingkup... Poin yang nie, saya tak setuju sangat, macam mana nak jadi 20 tahun kalau tak bermula dengan setahun...

Yela mungkin ada yang kata, sebab modal berbayar dia, aset dia bla... bla.. bla.. Tapi bagi saya, apa yang penting, siapa tokey besar syarikat tue, apa pengalaman dia dalam mengurus syarikat, adakah dia seorang yang boleh dipercayai atau meterialistik semata-mata... Sebab mmg banyak kes, bila syarikat tue dah kaya sebab MLM, tokeynya cabut lari ke Hong Kong... Ni syarikat yang berpuluh2 tahun la nie...
Apa yang penting, sebelum join MLM.... istikharah... Tanya pada Allah... Kalau tak dapat jawapan, tanya pada orang yang dekat pada Allah... Siapa? Mmmmm... Google la... Nak tau jugak, baca sampai habis... hehehehe


tupperware adalah produk berkualiti

2. Kenapa Produk

a. Boleh katakan semua syarikat MLM yang bertahan lama mempunyai produk yang berkualiti tinggi. Sudah pastilah setiap syarikat yang menjalankan perniagaan akan memilih produk yang berkualitikan? Cuma kebiasaannya adakah produk tue kita nak pakai atau tak? Produk tu kita boleh makan, boleh guna atau kita nak simpan bawah katil je...

Kalau cerita bab bisnes - adakah produk tu, senang kita nak jual? Tupperware senang jualkan?
Kalau cerita bab pelaburan - adakah dengan keluar sekian jumlah, kita guna je produk tu, pastu dengan hanya menaja, buat sistem yang sama, kita akan dapat semula modal yang kita keluarkan tue. Ini sudah pastilah bergantung pada Sistem MLM yang digunakan oleh syarikat tersebut, serta keyakinan diri kita dalam mencari prospek yang sesuai untuk sama membuat pelaburan.... Walaubagaimanapun, saya dah ada pengalaman LEBUR... Tapi saya anggap itu semua salah saya sendiri yang tak bersungguh2 nak dapatkan semula modal yang telah saya laburkan tue....
So, kali ni saya pilih syarikat yang mempunyai produk yang lebih kurang dengan produk syarikat MLM yang pernah saya join sebelum ni. Pengalaman lepas, produk ni memang dapat demand tinggi. Maaf la kawan2 dari syarikat lain yer...
http://bit.ly/1ibob7V

3. Kenapa buat MLM
a. Bab ni la yang paling sensitif... Kalau tanya dengan 10 orang yang buat MLM, pelbagai jawapan kita dengar, dari Fisabilillah lah, sebab syarikat bagus la, sebab marketing plan terbaik la, sebab nak semua orang sihat makan produk MLM la, sebab macam2 lagi la... Tapi susah nak dengar orang cakap sebab nak Untung... Why? Pendapat saya, Hipokrit... Tak nak prospek nampak kita nie mata duitan agaknya....
b. So, apa salahnya kita jawab sebab nak Untung, nak Berjaya, nak jadi jutawan, nak residual Income dan bla... bla.. bla.. cakap selamba je kat prospek, kalau tak nak sudah, boleh macam tue? hehehehe... Lepas tu kecewa, prospek lari... hahahaha...
Kalau tanya saya, saya akan jawab, sebab harga Minyak Naik, Barang Naik, Gaji je tak naik... So, bagi mengatasi kenaikan tersebut, saya buat part time dengan MLM... boleh gitu? Harap bos tak marah....


4. Kenapa Support Group
a. Em.... bab nie agak susah sikit saya nak terjemahkan dalam perkataan... Sebabnya, bukan semua pernah kenal dengan upline yang introduce kita kan? Pendapat saya, beberapa soalan yang perlu ditanya kepada orang yang perkenalkan MLM tersebut kepada kita... Tapi kadang2 yang jadi malasnya, diorang ni jawab dengan sombong ataupun kadang2 orang yang introduce kat kita pun tak tahu sangat sebab baru semalam join... Hihihi... Antara soalan yang boleh kita tanya untuk meneliti support group ialah
i - Ada buat kelas tak tentang produk atau sistem MLM? Ni yang malas nak buat MLM nie... sebab kena pergi kelas... Tapi, kut macam mana pun, Nabi sendiri pun pesan, kalau nak berjaya mestilah dengan ilmu kan? So, kena datang la kelas atau seminar atau meeting. Baru boleh success.
ii - Siapa yang boleh bantu? Em... besenye memang leader/upline kita akan jawab, ramai yang akan bantu... So, layan je la dulukan?
iii - Soalan ni mungkin soalan maut untuk leader/upline - Ape beze sistem yang dijalankan oleh group nie, dengan group lain? Macam mana group yang saya akan join nie nak jadikan saya kaya secepat mungkin? Tapi, kalau nak tanya soalan nie, better anda buatkan sedikit research la pasal sistem MLM diorang dan kalau anda seorang yang tak pernah join MLM agak mudah jugak dikelirukan oleh mereka. Tapi bagus jugak untuk anda join, sebab nanti dah tak keliru...
Kongsi sikit, beberapa orang yang cuba menaja saya baru2 ni, bile diorang diajukan soalan macam ni, duk pusing2 la pasal sistem MLM dia tue bagus... Saya balas, sistem lain tak bagus sangat ke asyik duk kondem sistem orang... Apa yang saya nak tau, macam mana group nie akan bantu saya supaya saya kaya cepat? Ape strategi yang luar biasa selain duk menaja kat kedai Mamak, Home Sharing (kumpul orang kat rumah) atau taja... taja... taja... tapi tak dak Bonus Value? Cer cerita?
iv. Soalan ni malas nak tanya, tapi kalau nak tanya jugak pun tak de masalah... Leader atau Upline kita ada pengalaman tak join MLM sebelum nie?
Yang jadi malas nak tanya bukan sebab ape, kadang2 banyak menipu dari cakap betul... Join 5 bulan katanya setahun... Buat MLM ala kadar dikatanya pengalaman 20 tahun... Bagi saya, kalau usaha berterusan dengan pengalaman 5 tahun, mungkin dah jadi jutawan pun... bukan sebab menaja... tapi menjual produk....


So, kalau tak tau, atau tak de, meh saya pulak yang cerita.... hehehehe... Tapi kena sedia RM 70 dulu la... wang pengeras...

Yang terakhir...

5. Kenapa ilmu

a. Pergi seminar untuk semangat dalam berniaga, semangat menaja dan macam2 semangat lagi la...
Sebenarnya, bagi saya pergi seminar MLM untuk cari semangat ni, jimat dan murah kalau dibandingkan dengan pergi kursus Motivasi anjuran pihak2 lain... Sebab kadang2 syarikat atau upline yang akan sponsor sikit kos perbelanjaan (tp tak semua macam tu)


b. Kelas penerangan produk tu penting, walaupun kita tak boleh cerita macam penceramah tue cerita kat kita, sekurang2nya kita boleh bagi penerangan ringkas dan padat pada customer atau prospek.

c. Paling penting, belajar macam mana nak kaya cepat... Caranya kena faham sistem MLM la... Kelakar jugak orang yang datang menaja saya, upline kepada introducer tu tak faham cara kira bonus bila kita tanya pasal plan. So, maafla... bawakla kete BMW sekalipun, memang tak heran... BMW pinjam pun boleh jadik... tak pinjam orang punya, pinjam kat bank kan?

Kesimpulannya,
Pendapat saya, MLM bagus jugak untuk kita join, selain jana Financial Freedom (bila dah berjaya la) MLM sebenarnya bagi peluang untuk kita memperkembangkan potensi diri. Sebabnya ragam berniaga ni macam2... So, boleh la kita improvekan pelbagai kemahiran softskill yang tak banyak kita belajar disekolah, contohnya kemahiran Komunikasi, kemahiran bercakap di khalayak ramai, dan pelbagai modul kemahiran Pembangunan Diri yang ada di Kolej Komuniti (sempat lagi promote kolej, sebab saya yang ajar), dan yang paling penting sekali KEMAHIRAN CLOSE SELLING....

Walaupun banyak gagal dalam MLM sebelum ni, tapi saya berjaya jugak dalam satu perkara iaitu Belajar... Yup, dengan MLM la saya belajar untuk bercakap dengan lebih berani (dulu2 memang nak terkencing kalau disuruh bercakap di khalayak), dengan MLM jugak la saya kenal perkataan2 motivasi dan macam2 lagi la...
Kalau diberikan upaya oleh Allah, join MLM kali nie, saya nak belajar lagi sampai saya boleh bukak syarikat MLM sendiri... Fuh... memang dah lama bercita2 macam nie... Asyik jadi orang bawah je dalam MLM, bukak syarikat sendiri, terus jadi No 1... hehehehe..

Selain itu, saya sebenarnya memang suka baca buku Rich Dad, Poor Dad karangan Robert Kiyosaki... Ada sedikit part jugak dia sentuh pasal MLM.. Tu yang rasa nak join MLM.... Katanya dua alasan untuk kenapa mesti join MLM: To help Yourself and to help others.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.
Mohon maaf kalau ada salah dan silap....

http://jomtapauweh.blogspot.com/p/blog-page_21.html

credits: Ustaz Wan.my

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^