Assalamualaikum,
Malam yang dingin ni terpanggil saya untuk coret sedikit perkongsian dari ilmu saya yang tak sampai setahun jagung ni.Perkongsian ini mungkin sedikit panjang, tetapi saya kira BERUNTUNG sangat kepada sesiapa yang mengamalkannya.
Baik, JOM kita baca! ;)
10 Tips Asas Kejayaan Bisnes Tupperware
Contohnya, jika anda di dalam tupperware. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan
kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan kita sebelum ini dan bagaimana
untuk merancang pembelian mereka atau mungkin produk sesuai untuk mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang
akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain
belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
2) Mencipta suasana yang sesuai
dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat
membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian
untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju
"cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan
anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa
kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang
terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana
perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu
ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin
boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin
boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry
Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan
"menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi?
Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin
pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan
"Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila
anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli
apa sahaja yang anda tawarkan!3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya dalam bisnes tupperware kalau mereka beli RM250 kita bagi 1 hadiah percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau dearkan flyers untuk memaklumkan tentang kempen anda.
6) Tambah maklumat baru di blog anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
7) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.
8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
9) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan produk perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".
10) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih! ^_^