Saturday 16 November 2013

Cara Betul Meniaga Tupperware

Assalamualaikum,

Di AWAL pagi ni, saya nak cerita sikit pasal camne nak buat bisnes Tupperware ni cara yang betul...
Kenapa saya nak cerita pasal perkara ni?
Sebab ini adalah soalan lazim dikalangan orang baru...

FAKTA: Tupperware dah dikenali ramai...tak perlu cerita panjang lebar. Promote di tempat yang betul aja.

Kenapa PERLU CARA YANG BETUL?
Supaya anda tak letih menjaja. Bisnes yang baik ialah bila anda berjaya membina nama dan raih pendapatan pasif.
Apa tu pendapatan pasif?
Pendapatan pasif ni ibarat, air yang sentiasa mengalir masuk tangki. Sumbernya tak putus, cuma anda kena pastikan salirannya tidak tersumbat.
Tak macam bisnes tradisional, kena pikul timba setiap hari. Bila sakit, tak dapatlah nak bawa air untuk makan, minum, mandi dan segala bagai...

So, macam mana caranya nak niaga tupperware cara yang betul?
meniaga kat pasar?
Ha! Ha! Ha!
Teeeettt!!! SALAH!
saya percaya memang ada segelintir yang buat camni, tapi untuk pengetahuan anda. Meniaga di pasar adalah haram di sisi undang2 DSA(Direct Selling Association ) atas sebab *mana-mana syarikat direct selling atau jualan langsung dilarang sama sekali menjual dengan cara menayangkan atau mempamerkan produk secara langsung di kawasan awam.*
Kompaun sebanyak Rm500 akan dikenakan jika anda didapati oleh pihak Tupperware melanggar undang2 ini. Beringatlah, nak buat juga. Risikonya anda tanggung sendiri.

CARA YANG BETUL ialah dengan memilih 3 DMO(Daily Method Operation - Cara Operasi Harian) ini. 

#1 COI (Circle of Influence - Lingkaran Pengaruh)

COI anda tergolong dalam 2 jenis market(pasaran). Hot Market dan Cold market.
Hot Market ialah orang yang anda kenali seperti keluarga, rakan-rakan dan teman sepejabat
Cold Market pula ialah orang yang anda tidak kenali seperti rakan-rakan media sosial, ahli dari Road Show, Flyers atau mungkin orang yang anda tegur di stesen bas...
Keluarga adalah COI terbaik yang menjadi penyumbang kepada pencapaian anda.
#2 Party

Menganjurkan party adalah cara terbaik bagi melakukan demo dan berkongsi ilmu tentang tawaran Tupperware
Party mudah dilakukan dimana-mana. Satu jam pun cukup untuk merekrut.
#3 Online
Cara yang mudah dan boleh dilakukan dimana-mana. Semuanya di hujung jari!
Melalui DMO ini, anda boleh dapatkan DMO yang lain seperti Party dan Tupperware Opportunity Meeting(TOM) ataupun lebih dikenali sebagai Assembly.

#4 Road Show
Hanya AED(Associate Executive Director) SAHAJA dibenarkan menganjurkan Road Show. So, kalau korang nak rekrut atau retail secara langsung, road show lah tempatnya. Bukan pasar malam. Hubungi saja upline anda yang dah ke tahap AED, cakap nak buat road show kat mana, bila.
#5 Assembly
Opportunity Meeting
Assembly adalah tempat terbaik untuk anda merekrut dan belajar tentang bisnes Tupperware
Assembly dan Opportunity Meeting adalah tempat terbaik untuk anda bina rangkaian. Anda akan kena Tupperware dengan lebih dekat, belajar tentang pelan pemasaran. Melihat ramai orang dapat hadia dan INSPIRASI! Mahukan semua ini? Dail 013 973 3779 Sekarang!

#6 Kelab
Setakat ini belum ada yang aktif menjalankan kelab.
Bagaimana kelab berfungsi?
Kelab terbina hasil dari semua DMO diatas.
Sebuah rumah juga boleh dijadikan sebuah kelab. Di dalam sebuah kelab, anda boleh berkongsi Tupperware kegemaran anda DAN melakukan pelbagai AKTIVITI.
Melakukan aktiviti bersama downline  boleh membina hubungan kekeluargaan
Apakah DMO pilihan anda? JOM sertai saya dan saya akan bantu anda buat pilihan yang sesuai dengan anda ;)