Thursday, 3 October 2013

Dia Hampir Muflis Tetapi...

Assalamualaikum,
Kalian apa khabar?
Bagaimanakah anda manfaatkan hari anda hari ini?
Alhamdulillah, pagi saya sangat bagus!
Terimakasih kepada semua yang menceriakan hari saya! :)


Malam ini saya nak ceritakan sebuah kisah benar tentang seorang anak muda yang jatuh miskin dek kerana kurang bimbingan dalam hidup beliau.
Asalnya dia cuma seorang pekerja kelas bawahan, seorang juruteknik yang terpaksa bekerja 12jam setiap hari, adakalanya secara shif. Dek kerana nak sangat berkawan dengan orang Jepun(sebab pengaruh animasi, music dan hiburan lain) dia sanggup bekerja dengan kerajinan yang tinggi. untuk pengetahuan anda, kilang tempat dia kerja ni memang ditakbir oleh orang Jepun dan amalan orang Jepun juga diamal kat kilang ni, antaranya senaman dan ikrar sebelum masuk kerja ramai2!

3 tahun, dia berusaha sehingga kemahiran dia diiktiraf oleh para majikan dan rakan sekerja internasional kerana profesionalisme kominikasi dan daya saing dalam bekerja. Dan terbukti apabila ada yang cemburu melihat kejayaan dia termasuk dikalangan senior. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah mengambil serius terhadap pandangan orang lain, apa yang dia mahu cuma merealisasikan impian beliau.

Nak dijadikan cerita, pendapatan bekerja dikilang taklah banyak sangat. kalau di Kuantan, RM1000 itu nilainya dah cukup besar. Dengan beberapa behagian dari gaji, dia melaburkan untuk bisnes demi matlamat untuk ke negara matahari terbit. Tetapi, setelah beberapa kali fikir, dia berkata "Kalau aku ada duit tapi takde masa, macam mana aku nak pergi? Nak tinggal kilang sayang...tapi...impian aku camne?"

Akhirnya, mamat ni buat keputusan untuk fokus dalam bisnes 100% dan tinggalkan kerja yang dia pernah cintai. Permulaan pada Feb 2012 itu bagus, ada nampak hasilnya. buat kali pertama, dia berjaya ke luar negara iaitu Singapura. Pulang saja dari Singapura, dia terus menjadi bahan cerita dikalangan rakan niaga lain tentang kejayaan dia yang meleTOPs tiba-tiba. Dia mula berkongsi cerita di atas pentas dan mula membina nama ke hampir seluruh Malaysia! Saya sangat mengkagumi usaha beliau. Redah aja! Asal boleh!

Namun, perniagaan itu tidak mampu bertahan lama, akibat sistem urusniaga yang bercelaru, tiada rakan niaga yang mudah bekerjasama, perniagaan tersebut menjadi semakin merosot. Dia turut ke Bangkok pada May 2013 demi mempelajari ilmu yang lebih dalam. Sekali lagi, bisnes dia semakin merudum akibat maintenance yang sangat tinggi bagi mengekalkan status dia dalam bisnes tersebut. Rakan2 niaga mula bercerita lagi, kali ini tentang kedudukan beliau yang seolah2 tidak diperlukan lagi. Tetapi api azamnya tidak padam. Dengar saja upline dari UK nak turun KL, terus dia commit untuk pergi. Tetapi kali ini berbeza.

Tau tak kenapa?

Dalam minggu terakhir Julai 2013 tersebut, dia mempertaruhkan masa depan dia dengan niat menambah satu lagi bisnes. Jadi, dia telah membuat satu temu janji dengan sorang brader ni...untuk jumpa pada hari yang sama ketika sesi latihan bersama jurulatih dari UK itu UNTUK beli barang sebagai sampel.
Pada hari tersebut, tengah hari bulan puasa ketika taklimat, dia curi-curi keluar untuk bertemu dengan brader tersebut. Sampai je lelaki bertubuh gempal tu, dia terus cakap, "kalau saya nak beli barang ni murah macam mana?" - "Jadilah ahli, RM70 je...tapi barang tu abang tak bawa. Nanti you beli kat stokis kat tempat you." "Oh, ye ke? La... hmm...oklah...nah RM70" -  "OK, Nah ambil beg ni. Beg ni dapat bila jadi ahli. Ni katalog dan hadiah skit dari abang..."

Pendekkan cerita. Sepanjang perjalan pulang ke Kuantan, dia tak jemu tengok katalog. Katanya, "Ini memang boleh buat duit ni...". Terus saja dia hubungi brader tadi kalau2 jadi ahli ada peluang buat bisnes. "Ya, ada. Begini caranya........"
sampai sahaja di Kuantan terus dia ke stokis Tupperware dan order pelbagai produk dengan nilai RM150.

Oh, sebelum itu....
Saya nak bagi tahu. Masa dia beri RM70 tu, tinggal RM30 je berbaki dalam poket. Dia ni betul-betul suka main redah je... gamble je nasib. RM30 tu nak guna untuk seminggu pakai sebenarnya. Dan, juga sebenarnya, dia dah takde duit nak sara hidup sendiri...
So, macam mana nak beli barang kalau ID takde dan bajet takde. ID takde boleh tanya komputer. Tapi belian produk?

Haaaa... Allah benar-benar nak tolong dia. Lagi RM90 dia dapat hasil dari customer lama yang bayar hutang. Mula2 nampak cam tak cukup, tapi lepas kira-kira, cukup plak RM150 harga runcit tertera dalam invoice.
Dalam tempoh seminggu itu, dia terus merekrut 3 orang ahli baru dan menampakkan cahaya jalan keluar dari gelap kesusahan. Tanpa disedari, bisnesnya semakin berkembang. Melakukan usaha yang sama seperti dulu, tetapi dapat hasil yang berbeza. LEBIH BAIK!

Dengan bantuan pasukan yang efektif, angka dalam cek beliau kian hari, kian bertambah. Dari konsultan bebas naik ke tahap star consultant pada bulan keduadan terus didaftarkan kepada director in qualification. Tanpa diduga, Ogos antara bulan terhebat dalam hidup mamat ni... wajahnya kembali ceria, wang poketnya semakin berisi dan hutang semakin berkurangan.
September pula, adalah bulan yang paling banyak cabaran yang dia hadapi. Antaranya, dihalau dari tempat berniaga, dihalau oleh kawasan kejiranan, dihalau dalam Road Show yang disangkakan acara syarikat, DAN paling menyedihkan, pada hari-hari terakhir bulan, pelangganya membatalkan pembelian, menyebabkan beliau panik untuk mengejar sale. Pelbagai usaha dibuat, flyers, ketuk pintu rumah dari pintu ke pintu, dan kekurangan wang.

Ternyata, hasilnya sangat menarik, dan dia kini sudahpun bergelar director! Dua bulan kesabaran sangatlah berbaloi.Tidak kiralah apa halangan sekalipun...ia sangat berbaloi. Inilah adalah rahsia beliau yang saya nak kongsikan .
tupperware vision board
Vision Board


7 Tips Rahsia Kejayaan

1) Berani - Berani tanggung risiko, berani lakukan segala aktiviti. Beranikan diri. Mesti berani pikul tanggungjawab.

2) Percaya - Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan. Percayalah rezeki ada dimana-mana. Tetapi usaha itu yang lebih penting. cuba fikir...agak2 bos nak bagi hadiah besar ke kalau hari2 asik puji bos je? Mesti Bos kita lagi suka kalau kita wat kerja hari2 ada improve.

3) Enjoy - bergembiralah dalam mana-mana urusan. Semua urusan yang baik adalah ibadah. Ikut yang disuruhNya, tinggal apa yang di larang. :)

4) Belajar - Nabi cakap tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Ke liang lahad pun ada.... maksudnya, demi ilmu kita kena kommited. Kita kena cari ilmu, bukan tunggu orang nak bagi...dan kita mesti sedia untuk belajar dan diajar... :)

5) Solve - Leaders find solutions, not excuses. maksudnya, seorang pemimpin mencari penyelesaian, bukan alasan.

6) Motivate - Saya bersyukur bertemu dengan Team Power kerana banyak memberi inspirasi dan motivasi SEPANJANG HARI! setiap masa, di mana jua... sungguhpun saya mampu memberi motivasi kepada orang lain, tetapi, adakalanya saya juga merasa kecewa, hilang semangat dll. TEAM POWER adalah keperluan saya, sebuah keluarga besar!

7) Positif - Demi mendapat aura positf, anda mesti berada dalam kelompok yang positif atau bergaul dengan orang yang positif. bagaimana nak kenal? Mudah! Dia membuktikan pada dirinya sendiri bahawa dia telah berjaya. Dia juga membuktikan kepada orang lain bahawa, dia mampu bantu anda mendapat hasil yang sama!

Semoga anda amalkan tips2 berguna ini, dan jangan lupa, kongsikan! ;)

Daftar sekarang dan dapatkan set ini! Hanya RM280 beserta keahlian