Monday, 9 September 2013

Tupperware Kuantan Home Business : Anda Juga Boleh Lakukan

Assalamualaikum!
Hari ni memang banyak entry dibuat. 100% kerja kat rumah je...
Kete adik pakai...
Kalau ikutkan hati memang geram sebab takleh nak guna buat pergi niaga pusing2 bandar.
Tak kisah la...camne pun still boleh kerja kat rumah...
ni la ofis aku kat rumah... tempat aku buat video, poster dan uruskan jualan...
Fun, Simple & Magical
Kerja kat rumah ni tak senang macam yang ramai orang fikirkan.
Kita bukan buat duit cam pos iklan sekali kat FB pastu ramai orang nak beli.
Ini beberapa perkara yang SANGAT penting jika anda orang yang betul2 nak kerja dari rumah dan jana pendapatan RM1500~3000 dalam tempoh tiga bulan!

Ingat! SANGAT PENTING!
1) Disiplin diri: Tepati masa, wajib bangun awal. Rezeki di pagi hari sangatlah murah.
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:

اللهم بارك لأمتي في بكورها
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
R
iwayat oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '
Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'


Bila kita bangun pagi, banyak urusan dipermudahkan. Selain itu, nak bercuti pun kena disiplin tak boleh start kerja sesuka hari, dan nak cuti sesuka hati. Kalau rasa nak start kerja 10pagi pun buatlah. Tapi mesti istiqamah. Jadual masa kena follow! Jangan kata rasa nak cuti, cuti terus. Anda adalah bos, andalah pekerjanya juga. Pastikan anda jaga kualiti bisnes anda. Masa anda dengan customer juga sangat penting. Jika anda ada buat perjanjian masa sila patuhi. Kalau rasa tak boleh tu, beritahu awal2. Lakukan bisnes anda dengan FOKUS dan KONSISTEN!
 

2) Pengurusan Kewangan Yang ini punca memang ramai yang gagal dalam bisnes sendiri. Cashflow kena jaga, anda tak boleh main beli je stok ikut suka hati mahupun belanjakan wang keuntungan sesuka hati.
Pastikan anda rekod jualan anda. atau at least, korang tengok balik barang apa yang korang jual. buat senarai dan terus asingkan modal.
duit hasil untung pula jangan guna 100% untuk dibelanjakan. Juga perlu diasingkan. Nanti anda akan sentiasa rasa tak cukup nak belanja. Agih-agihkan kepada bahagian2 perbelanjaan dan simpanan anda. Saya pernah menghadiri kursus minda jutawan yang dikelola oleh T.Harv Eker, pengasas Millionaire Mind Intensive yang kini menjadi fenomena dan antara anak muridnya yang terkenal di Malaysia ialah Dr.Azizan Osman.
Ok, saya cerita skit pasal tabung ni. 
FFA tu Financial Freedom Account. Yang tu simpan sampai pencen. Jangan sesekali sentuh. Simpan dalam ASB atau mana2 skim pelaburan jangka panjang boleh. 
Nec tu necessity cam keperluan harian. Senang cerita, macam beli beras, lauk pauk dll. 
Yang petrol tu paham2 jelah. Tambah plak zaman minyak makin naik ni...
Personal tu untuk main2 dan reward diri sendiri. Sangat penting. Walaupun ada RM1 dalam tu. wajib habiskan untuk reward diri sendiri. 
EDU stands for education ataupun pendidikan. Pendidikan sangat penting, MESTI nak kena tuntut ilmu sampai mati. Dan kalau nak belajar apa pun harus ada komitmen. Wang inilah anda akan gunakan kalau nak pergi mana2 meeting/assembly yang berbayar seperti kursus minda jutawan dsb. Tabung Business tu dah tentu untuk perniagaan anda. Anda mungkin nak buat flyers, sewa dewan atau seumpamanya. Inilah tabungnya.
Dan last! Tabung Give. Tabung ni untuk anda buat sedekah amal jariah atau mungkin guna sebagai hadiah untuk downline2 anda untuk anda hargai mereka...

3) Telus dan Jujur adalah sikap yang penting dalam perniagaan kita. Memang biasa kalau orang minta diskaun dengan kita. Saya dah jumpa ramai yang dah jadi ahli Tupperware tetapi bila beli dengan pengedar lain pun masih mahu harga ahli. 
Ingatlah, peniaga ialah orang yang mengusahakan urusan jual beli untuk dapatkan keuntungan. Siapa yang nak meniaga untuk rugi. Jika anda mahu jadi peniaga/usahawan, elakkan beri diskaun yang melampau. Kalau anda berjaya jual tanpa diskaun lebih bagus, kerana pembeli yang membeli tanpa diskaun ialah pembeli yang sangat berkualiti dan sangat menghargai barang yang kita jual. 
Satu lagi, kenapa HARAM jual barang dengan harga ahli ialah, sebab orang lain yang daftar jadi ahli sanggup beri komitmen RM70 tu demi dapatkan diskaun 25%. Tidak adil bagi mereka jika anda jualkan harga ahli kepada yang bukan ahli. Menjaga etika diskaun adalah amanah!

4) Sabar : ialah separuh dari iman...apa itu iman? Iman itu ertinya keyakinan. MESTI yakin dengan bisnes anda. Buktinya ramai yang sudah berjaya. Mengapa tidak anda?
Halangan dan cabaran itu biasa. Saya sendiri pun masih ditentang keluarga sungguhpun saya sudah langsai semua hutang2 saya, dan mampu bayar bil telefon, beli laptop dan fon dengan duit saya sendiri. Percayalah ibubapa anda bukannya tidak menyokong anda sebenarnya, mereka kurang keyakinan sahaja. Tambah pula dengan blueprint dalam minda mereka yang katakan "bisnes ini tiada jaminan, dah ramai yang gagal, pendapatan tidak menentu, suatu hari akan jatuh, risiko tinggi"...dan macam2 persepsi negatif lain. Sabar dan terus positif. Lakukan dengan konsisten dan fikirkan tentang impian anda. Jangan fikirkan bahawa anda buat bisnes ini untuk buktikan orang lain salah. Ia akan memakan diri anda sendiri dan melahirkan stress pada minda anda. Ini antara punca mengapa ramai yang sering bertukar arah dalam bisnes.

5) Kelengkapan yang cukup penting supaya boleh buat kerja. Camne nak wat kerja kat rumah kalau barangnya takde. Paling2 busuk pun mesti ada katalog dan telefon. Kalau boleh yang boleh surf internet dan boleh buat call. itulah paling koman pun. Ambil gambar, post kat fb dan Wa-Lah! Ready to GO!

Sekiranya anda bersedia untuk kelima-lima perkara diatas, anda BERSEDIA untuk menerima RM500~3000 dalam hidup anda! JOM Sertai Team Power. We Care, We Share