Hari ni selesai tanggungjawab di Bandar Pusat Jengka.
Asalnya hendak cuba2 saja.
Tapi syukur sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar!
Siapa sangka? sampai je di bandar pusat kira2 jam 12 tengah hari. Terus disambut baik oleh pegawai yang sedang bertugas.
Hah? tetiba je kan cerita pasal pegawai bertugas...
Sebenarnya kami merancang nak buat party dan beberapa kempen promosi Tupperware di pusat bandar. Memang datang terjah je... alik2 bila datang ofis diorang je...
Saya: Assalam, bang. Saya ni datang dari Kuantan nak promosikan Tupperware area sini. Abang tau kat mana dengan siapa yang saya patut jumpa?
Pegawai: Oh, Tupperware ye? Boleh...boleh... Man! Ko tolong tunjuk kat dia tempat tu.
Saya: Eh, tak perlu bincang apa2 dulu ke?
Pegawai: Takde masalah, memang hari ni ada kosong. Barang ada bawa kan?
Saya: ERrrr...YA! Ada...
Terus, ape lagi, kitorang pun ikut je anak buah pegawai tu.
Senang giler allah permudahkan urusan kami!
Syukur!!
Siap-siap aturkan tempat, tengok jam.. "Eh, Sham. Baru kul 1 ni... kita gi rumah kakak Aien dulu la..." - "Boleh, ok jugak tu aku call jap."
Sekali lagi, memang murah rezeki bukan aje dia mengalu-alukan kami. Malah sempat jemput member buat party lagi! Kellaaasss!
Dah terus leh rekrut sorang lagi! Best sangat!
Ringkasan cerita kitorang berjaya buat sales hampir RM1000 HARI INI!
Gempak seyyy!!!
Team Power Kuantan new Tupperware member! YES!
Ramai yang beri feedback berkenaan poster2 dan gambar2 yang saya uploadkan ni.
Majoriti tanya. "Camne ko boleh buat sale banyak camtu?", "Camne ko buat marketing?", "Berani ye ko buat kerja ni full-time?"
Rule #1
Katakan TIDAK pada ALASAN
Memang kebanyakan orang suka tolak tawaran meniaga dengan alasan "saya tak reti bercakap...". Nak meniaga ni tak semestinya kena cakap dik ooiii. Yang penting tahu camne nak promosi. Facebook ade, flyers boleh, blog...dll. semua tu boleh diajar! Adakah anda mahu belajar dan boleh diajar?
Pernah tak terfikir? Apsal anak korang reti cakap melayu? Masa dia baby apa bahasa pun dia tak reti. bila dah besar reti pulak minta itu ini...pelik tak? Mana dia belajar?
Simple!
Tiru dari orang lebih tua, ajuk dan amal...
So, buanglah alasan tak reti nak cakap tu. Serius memang nampak cacat bila mengadu tak reti cakap padahal tak bisu...
Alasan no.2, "saya takde modal, tak reti nak jual-jual ni..."
ini alasan yang paling tak rasional. Ok, cuba tengok perbelanjaan anda. Register ahli cuma rm70 je. kalau bahagi 30 hari, baru RM 2.30 sehari. Takkan banyak tu pun takleh nak kumpul? Lebih parah, kalau tak buat camni. Bayangkan, dah dapat katalog. Promote kat customer pastu terus ambil order pun masih boleh dapat guna duit untung untuk jadi modal daftar ahli & beli stok skit.
Rugi tak?
Memang rugi... katalog tu ibarat kedai bergerak. tunjuk je segala barang. Daro takde modal terus boleh dapat banyak modal.
Yang bagi alasan tak reti nak jual-jual tu memang tak dapat nak tolonglah. Kalau orang macam ni bagi alasan kat saya, saya cakap "Apa kata awak pecat diri sendiri? Anda nak cari duit lebih, tapi tak usaha sikit pun tak buat lagi."
Dan alasan paling famous,
"Saya takde masa..."
Come on lah...! Semua orang ada 24jam lah... Masa rehat kat ofis/kilang tu takleh guna ke untuk tunjuk katalog. bukan buat niaga dalam kilang/ofis pun. Baca katalog te.
Orang macam ni memang orang yang paling kejam. Kejam terhadap diri sendiri!
Allah memberi modal yang sama rata kepada semua orang.
Lahir tanpa mengetahui apa2 dan 24jam yang sama.
Bila dewasa ramai pula yang selalu mengeluh "Saya takde masa.."
HENTIKAN mendoakan diri dengan keburukan.
Setiap kata2 adalah doa.
Apa kata anda susun masa anda betul2 dan katakan "Baiklah, saya cuba peruntukkan sedikit masa..."
So, apa RAHSIA Team Power?
Rahsianya ada dalam 5 perkara.
#1 Menghargai orang lain. Siapa orang lain tu? Mereka ialah downline, upline, pelanggan, pembeli dan staff di stokis Tupperware.
YA, staff-staff di stokis juga harus dihargai. Mereka memainkan peranan penting untuk bantu kita update tentang sistem, info terkini dan bekalan produk. Hargailah staf-staf Tupperware branch anda.
#2 Telus dan Beretika. Biarlah kita beritahu yang jujur walaupun menyakitkan. Teguran yang awal boleh menyelamatkan downline kita tau pelanggan kita berasa selamat dengan kita. Setidak-tidaknya dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Dedahkan terus marketting plan. Dalam ramai2 orang bukan semua baca buku Tupperware Marketting Plan. Ramai yang tahu nak kejar sale je sampai banyak kesilapan dalam marketing plan. Saya juga pernah buat kesilapan yang sama. Tapi janganlah asik nak menang sampai tak boleh terima kesilapan. Sesekali kena terima supaya kita beringat. Dan jagalah etika syarikat. Sibuk nak rekrut downline orang lain yang tak aktif sedangkan ramai lagi kat luar sana yang tak berdaftar...
komisen pertama rendah? tiada masalah! yang PENTING anda jujur~
#3 Sokongan Moral. Ini antara perkara yang paling mencabar. Sokongan moral ni kena ada give and take. Sebab ada kalanya mungkin sideline dan downline yang mengadu nasib/masalah kepada anda. Dan dalam masa yang sama, anda juga sedang menghadapi tekanan perasaan. Ini yang anda harus jaga. Jadi pendengar yang baik. Dalam masa yang sama, dapatkan juga sokongan moral dari orang yang anda lebih boleh harapkan.
#4 Follow Up. bukan pasal status jualan saja. Follow Up = Relationship. Sentiasa kemas kini status perhubungan anda dengan downline dan upline supaya hubungan anda dengan mereka tidak terjejas. Secara tidak langsung, kita boleh membantu peningkatan bisnes mereka dan mereka juga akan lebih senang nak bantu bisnes kita... Selalulah update info2 terkini dari syarikat supaya mereka dapat maklumat pada tepat masa.
#5 Aktiviti Berkala. anda boleh lakukan pelbagai aktiviti sesama rakan kelab anda seperti cabaran bulanan, hari rakan kelab dll. Pentingnya aktiviti berkala ini supaya hubungan anda dengan mereka lebih mudah & lebih baik. Ia boleh mengembangkan daya kreativiti dan masa yang baik untuk beri hadiah penghargaan kepada rakan Tupperware baru anda!
Sekian,
Wallahualam...
JOM Daftar Ahli Tupperware ==>sms/whatsapp 0139733779