Monday, 19 August 2013

Tupperware Tiruan

Assalamualaikum,
Hari ini saya sekadar mahu berkongsi.
Beza antara tupperware original dengan tiruan.

Ada yang cakap dengan saya, "pada bekas tupperware saya ni ada tulis Made in China. Macam mana nak beza yang tiruan atau tidak?"

Sudah tentu anda tak akan tunggu sampai bila botol berbau baru tau itu yang palsu. Ya, memang beanr. Yang original tak akan berbau walaupun dah guna lama sebab plastiknya berkualiti.

Jom kita tengok perbezaan fizikal lain...
beza design: tak ada mold cop Tupperware. Bentuk penutup berbeza

seperti rajah diatas, Tupperware tiruan a.k.a Tipuware tak ada mold trademark Tupperware.

Harga tipuware tentunya berganda lebih murah
Selain itu jenis font untuk mold juga main peranan. Ada juga yang cetak/mold 'Tupperware'. Tapi yang asli, huruf T nya tidak pernah teeerrrlalu panjang. ;)

Cuba cari mana satu tipuware?
Produk Tupperware Brands majoriti ada warranti seumur hidup. manakala yang tiruan LANGSUNG tiada :)