Tuesday 11 October 2016

Budaya Bersaing

Risiko Suka Bersaing

Nilai suka bersaing adalah nilai yang diimport dari luar.
Ia bukan nilai dalam masyarakat dan budaya kita.
Budaya Asia adalah budaya berkumpulan. 
Ia budaya bekerjasama, tolong menolong.
Dalam nilai budaya Asia, kepentingan kumpulan mengatasi kepentingan individu.

Golongan pengagum-Amerika telah mengimport dan mengajarkan kepada masyarakat kita nilai-nilai budaya Amerika yang individualistik.
Buku-buku motivasi kejayaan tulisan orang-orang Amerika sangat menekankan nilai-nilai menang dengan cara bersaing.

Bersaing adalah "menang dengan cara mengalahkan dan menjatuhkan orang lain".
Golongan pengagum-Amerika membaca buku-buku itu, dan mempercayainya bulat-bulat.
Kemudian mereka menyebar-luaskan nilai-niai individualistik itu kepada masyarakat kita.

Mereka mendorong kita supaya jangan takut bersaing, malah supaya kita menjadi orang-orang suka bersaing.
Mereka memberitahu kita kononnya kalau kita mahu berjaya kita mesti menjadi bangsa yang berani bersaing.
Dalam kes ekstrem, mereka mendorong kita supaya berusaha menghapuskan pesaing-pesaing kita.
 

Di satu pihak lain, pakar-pakar psikologi kejayaan memberi panduan supaya apabila kita mahu berjaya, fokuskan usaha kita kepada perkara-perkara yang menghasilkan kejayaan bagi diri kita.
Sebagai contoh, perbaiki strategi kita, cara kerja kita, dan tingkatkan kualiti hasil kerja kita.

Salah satu risiko bersaing adalah ia boleh menyebabkan kita hilang fokus.
Apabila kita bersaing, tanpa kita sedari fokus kita boleh lari jauh tersasar daripada objektif asal.
Disebabkan kita mahu menang dengan cara bersaing, kita menjadikan pesaing kita itu sebagai objektif.
 
Dalam semangat mahu menang dalam persaingan, objektif kita adalah mahu mengalahkan pesaing-pesaing kita. Dalam otak kita, kita asyik ternampak-nampak pesaing-pesaing kita.

Kita banyak menghabiskan sumber fikiran dan masa memikirkan pesaing kita, bagaimana hendak mengalahkan mereka, bagaimana hendak menjatuhkan mereka.

Kita bukan lagi memikirkan bagaimana mahu memperbaiki bisnes kita.
Inilah bahaya utama apabila kita suka bersaing.

NOTA: Agama kita mendorong kita supaya berlumba-lumba, bukan bersaing.

Saturday 1 October 2016

Hot Item Oktober 2016

Set Hello Kitty Terhad Sehingga 15 oktober 2016 sahaja.
.
Jika berminat sila whatsapp 013 973 3779
.