Monday 28 April 2014

Pantun Ilmu dan Kejayaan

Zikrullah amalkan sentiasa,
Ikatan hamba berpisah tiada,
Agar terhindar segala dosa,
Sentiasa penuhkan ilmu di dada.

Kasih Allah kepada hamba,
Tiada putus sangat berharga,
Meniti hidup usah kecewa,
Teruskan hidup hingga berjaya.

Jangan lalai kejayaan ditempa,
Semua itu perjalanan jua,
Husnul Khatimah tertanam cita,
Moga doa diperkenan jua.
Amin...

Isnin 28 Jamadil Akhir
1435.
Karya ustaz ASJA

2 comments:

  1. Assalamualaikum admin, ingin meminta kebenaran untuk mengambil satu rangkap sbg bahan tambahan dalam pantun saya ye? ini rangkapnya:

    Kasih Allah kepada hamba,
    Tiada putus sangat berharga,
    Meniti hidup usah kecewa,
    Teruskan hidup hingga berjaya.

    terima kasih admin

    ReplyDelete

Terima Kasih! ^_^