Panduan

Panduan Ahli Baru

1. Kelebihan jadi ahli
Ada beberapa jenis keahlian. Secara asasnya apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda akan terima;
i) kitbag (seperti dalam rajah dibawah)
ii) online office biznet http://twbiznet.com.my (klik sini untuk tutorial)
1.1 Keahlian Biasa (RM74.20)
 Untuk keahlian jenis ini, anda wajib membuat pembelian produk dengan jumlah minimum RM159 dalam harga runcit(katalog). Namun jumlah yang anda bayar di kaunter ialah ahli iaitu dengan diskaun 25% iaitu (contoh: jika anda beli barang dalam katalog harganya RM160, maka anda cuma perlu bayar RM120.00). Jadi, jika anda mendaftar dan buat belian dengan nilai RM160 pada hari yang sama, anda cuma perlu bayar RM194.20 (RM74.20+RM120.00)
Jumlah mata jualan a.k.a 'sales points' yang masuk ke dalam biznet anda ialah RM150 setelah ditolak GST 6%.

1.2 Keahlian Twinkle Sunshine Set

 Set ini harganya RM280. Untungnya anda bukan sahaja dapat semua barang yang tersenarai dalam satu kotak dan keahlian anda PERCUMA. Tetapi juga sales yang masuk dalam biznet anda ialah RM341.00 kerana ia mengikut nilai sebenar barang tersebut. Ini adalah pakej yang agak BAIK kerana anda boleh raih semula RM343.10 jika anda jual barang tersebut secara berasingan.

1.3 Keahlian Treasure Box
Set ini harganya RM319. Untungnya anda bukan sahaja dapat semua barang yang tersenarai dalam satu kotak dan keahlian anda PERCUMA. Tetapi juga sales yang masuk dalam biznet anda ialah RM431.75 kerana ia mengikut nilai sebenar barang tersebut. Ini adalah pakej yang TERBAIK kerana anda boleh raih semula RM581.50 jika anda jual barang tersebut secara berasingan.

1.4 Keahlian Waterflow Set

 Set ini harganya RM2100. Untungnya anda bukan sahaja dapat semua barang yang tersenarai dalam satu kotak dan keahlian anda PERCUMA. Tetapi juga sales yang masuk dalam biznet anda ialah RM3485! kerana ia mengikut nilai sebenar barang tersebut. Ini adalah pakej yang SESUAI bagi sesiapa yang memerlukan program kesihatan.
untuk lain2 pakej pilihan semak >>di sini<< .

Perbezaan Nilai Pakej

2. Untung Runcit, Komisen dan Bonus
Syarat asas untuk mendapat komisen ialah dengan sales. Sales dikira mengikut harga katalog;
i) ada personal sales
ii) ada team sales
iii) rekrut

2.1 Sebagai SCT (Senior Consultant)
Untuk capai tahap ini anda harus mendapatkan sekurangnya 2 downline di baris pertama
personal sales: RM530
rekrut: minima 2 orang dalam baris pertama
teams sales: Minima RM159 dari setiap rekrut baru
komisen: 3% dari setiap downline sehingga baris ketiga


2.2 Sebagai DIQ (Director in Qualification)
DIQ hanyalah proses. Namun disebabkan tempohnya istimewa iaitu 2 bulan sahaja selepas anda menjadi SCT, maka ada syarat-syarat yang sedikit berlainan.
Untuk capai tahap ini anda harus mendapatkan sekurangnya 6 downline di baris pertama
personal sales: RM530
rekrut: minima 15 orang dalam tempoh 2 bulan. sekurang-kurang 6 daripadanya di baris pertama.
teams sales: Minima RM14,840. Semua ahli berstatus aktif.
komisen: 3% dari setiap downline sehingga baris ketiga dan 3% lagi dari jumlah sales keseluruhan pada bulan terakhir DIQ.

2.3 Sebagai DIR (Director)
personal sales: RM318
rekrut: -
teams sales: minima RM3900 dari kumpulan bukan DIR
komisen: 4% dari setiap downline di baris pertama + 3% lagi dari lain-lain baris + 3% dari team sales

2.4 Sebagai SD (Star Director)
 Ada beberapa peringkat bagi Star Director.
Saya akan ceritakan bagi ke tahap 1SD sahaja, selebihnya anda boleh hubu8ngi saya atau pihak HQ. Untuk capai ke tahap 1SD anda cuma perlu membuat personal sales minimum RM300 dan lahirkan seorang director dari bari pertama anda.

personal sales: RM318
rekrut: Seorang director
teams sales: minima RM3180 dari kumpulan bukan DIR
komisen: 4% dari setiap downline di baris pertama + 3% lagi dari lain-lain baris + 3% dari team sales(jadi 4% jika anda team sales anda lebih dari RM10Ribu) + Leadership bonus RM500(jika teamsales anda capai RM5300)

3. Pengekalan Status
Ada beberapa peringkat bagi mengekalkan status:
i) Active Consultant(ahli biasa aktif): minima dengan pembelian berjumlah RM600 setahun
ii) Active Director: Team Sales tidak pernah kurang dari RM3000 dalam julat 6 bulan berturut-turut. Jika lebih dari 4 kali gagal menjaga team sales, anda akan menjadi konsultan biasa a.k.a ahli biasa semula.

4. Set Level
Secara asas, level adalah set/barang yang anda boleh beli bila anda membeli produk Tupperware dengan kuantiti tertentu. Asasnya level 1 dan level 2 mempunyai harga tetap dan syarat dapat yang tetap;
Level 1: Harga RM20, Syarat dapat: Belian berjumlah RM520
Level 2: Harga RM25, Syarat dapat: Belian berjumlah RM950
Hostess: Harga mengikut katalog, Syarat dapat: Belian berjumlah RM730
Cth:


5. PWP
Purchase with Purchase. Kondisi yang hampir sama seperti level. Bezanya, ia tiada nilai tetap. Barang PWP ada mata jualan. Namun ia tidak dikira untuk melayakkan pembelian level.
Contoh:
Sarah mahu mendapatkan level 1, maka dia fikir jika dia membuat pembelian berjumlah RM180, secara tidak langsung dia layak membeli 2 set beg ini menjadikan jumlah pembelian dia kini adalah RM180+(2xRM158) = RM496. Malangnya, Sarah tidak layak untuk membeli level 1 kerana barang ini adalah PWP!

6. Nett Items
Jika anda perasan, sesetengah item ada label nett pada hujung harga item. Ia menunjukkan bahawa item tersebut tidak layak diskaun walaupun anda ada kad ahli. Item Nett tidak dikira dalam sales.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^

Terima Kasih Sudi Lawat~. Powered by Blogger.

Search This Blog

Jom Jadi Peminat Tupperware Malaysia

Google+ Followers

Followers

Tupperware Sg. Petani TV: Jom Tapau Weh!

i-Radio LTFM