Saturday 29 March 2014

6 JENIS REKOD ASAS BISNES ANDA WAJIB SIMPAN

1) REKOD JUALAN
Rekod jualan ini termasuklah berapa jumlah unit terjual, berapa RM jualan serta berapa RM untung.
Rekod perlu dibuat secara harian, bulanan & tahunan. Nanti boleh digunakan utk tengok prestasi bisnes.

2) REKOD INVENTORI KELUAR/MASUK
Setiap unit produk yang masuk & keluar perlu dicatatkan. Gagal merekod aktviti keluar/masuk stok bakal membawa kerugian.
Bukan sahaja kerugian kerana stok hilang, tetapi kerugian akibat hilang pelanggan kerana stok habis & tak sempat re-stok!
Paling asas, catatkan unit masuk, unit keluar, tarikh & person incharge.

Thursday 27 March 2014

Keterujaan April 2014

Alhamdulillah,
Setakat minggu ke3 March perjalanan bisnes semakin lancar. Sales stabil dan jualan runcit pun boleh tahan!
Sampaikan sempat saya buat dua pelaburan pada bulan ini~

Monday 24 March 2014

Cara Guna Hash Tag Untuk Pemasaran Bisnes

Baru je lepas menonton episod 15 siri ni. Sebelum ni drama kegemaran yang saya tak miss ialah Arrow.
Tapi siapa sangka tonton cerita Agents of SHIELD ni boleh buat air mata aku menitis.
Kerja keras, Ketelitian, Kerjasama, Kebijaksanaan, Strategi, Persahabatan, Pengorbanan, Aksi dan Misteri...
Memang jenis cerita yang saya suka.

Oklah... cukup untuk intro...

Sunday 23 March 2014

Saturday 22 March 2014

Langkah Mudah Bisnes Online Tupperware Malaysia

Assalamualaikum,
Bismillah...

Ramai yang bertanya kepada saya, macam mana nak buat bisnes ni?
Secara asasnya; JUAL+REKRUT
itulah jawapan saya...

Tapi mereka beri alasan...
"Saya tak reti nak promote"
"Saya tak reti jual"
"Saya tak pandai nak cari orang..."

Bisnes adalah URUSNIAGA.
Anda URUS dan anda berNIAGA. Perniagaan sudah tentu adanya aktiviti jual-beli sama ada material atau sesuatu perkhidmatan.

Soalannya; MAHUKAH ANDA BELAJAR?
Bagaimana caranya?

Thursday 20 March 2014

Tupperware Malaysia: Kit Bag Treasure Box

Pakej Treasure Box adalah pakej yang paling unggul dalam Tupperware Brands Malaysia.
Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa: 
1) HARGA MURAH  nilai TINGGI.
2) Keahlian PERCUMA bersama 18 barang termasuk Kit Bag.
3) NILAI tinggi dalam BIZNET
4) Digelar pakej side-income

Untuk perjelasan yang lebih perinci sila hubungi saya dengan talian hotline 013 973 3779
 

Wednesday 19 March 2014

KEPERCAYAAN TERHAD - GAGAL SELAMANYA

Kepercayaan diri yang terhad merupakan perkara yang kita percaya bahawa potensi diri ini mempunyai batasan tertentu dalam sesuatu perkara. Kepercayaan terhad ini mungkin terjadi pada diri dalam keadaan kita sedar ataupun tidak sedar. Antara kepercayaan terhad yang seringkali kita dengari;

“Saya gemuk, tiada siapa yang ingin kahwin dengan saya.”

“Saya tidak mempunyai nasib yang baik (luck), sebab itu saya tidak berjaya.”

“Saya tidak pandai macam dia, sebab itu saya tidak mempunyai pekerjaan.”
kongsi cerita menarik dan dibayar!
Huraian ringkas, untuk pengetahuan kita bahawa faktor fizikal bukanlah penentu jodoh perkahwinan kita. Perkahwinan lebih kepada persefahaman antara dua orang yang bersetuju untuk hidup bersama yang bertukar menjadi ikatan yang halal menerusi pernikahan yang sah. Ia membabitkan hati dan perasaan bukannya fizikal semata-mata.

Wednesday 12 March 2014

TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA

Hidup luar biasa bermakna hidup lebih dari kebiasaan atau boleh dikatakan hidup ekstreme. Orang yang memiliki hidup luar biasa akan menampilkan kesungguhan, kekuatan dan keceriaan mereka berlipat kali ganda dari orang yang hidup biasa-biasa apabila melakukan sesuatu perkara.

Bagi memudahkan anda memahami konsep hidup luar biasa ini, saya pecahkan hidup luar biasa kepada tiga bahagian utama kehidupan manusia iaitu minda, emosi dan tindakan.
 

Minda orang luar biasa amatlah berlainan dari orang biasa-biasa. Contoh, minda mereka telah dilatih untuk berfikir secara pro-aktif apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Minda mereka tidak mengenal erti putus asa malah mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan cabaran tersebut secara bijak dan aggresif. Berlainan pula dengan minda orang biasa yang hanya bergantung kepada kehidupan rutin harian, jika terdapat masalah hidup, golongan biasa ini akan cepat menyerah kalah atau lari dari tempuh masalah tersebut.

Monday 10 March 2014

Leaflet Tupperware Malaysia March 2014







Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, Sabtu lepas, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang secara rasminya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Jambatan ini adalah satu titik pencapaian yang penting untuk Malaysia atas banyak sebab. Idea pembinaannya diilhamkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1995. Ini disusuli dengan cadangan Tun Abdullah bahawa jambatan ini haruslah dibina di bahagian selatan Pulau Pinang agar ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri utara, terutamanya di Wilayah Koridor Ekonomi Utara.

Menerusi peningkatan sistem pengangkutan melalui jambatan ini, beliau percaya rakyat di utara tanah air mampu mengalihkan fokus ekonomi yang berasaskan pertanian kepada industri. Telah difahamkan sebanyak 65,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan oleh projek-projek pembangunan di sekitar Jambatan Kedua ini.

Beliau berharap rakyat di Semenanjung Malaysia dapat mengambil peluang dari pembangunan yang dijana oleh projek Jambatan Kedua ini. Ia dibina untuk kesejahteraan anda; manfaatkanlah sebaiknya.

Anda boleh membaca tulisan saya mengenai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di http://www.1malaysia.com.my/blog/jambatan-kedua-pulau-pinang/

8 Sebab Utama "Mengapa Anda Masih Belum Kaya?"



ANDA TELAH MEYAKINI BAHAWA WANG TIDAK PENTING
Fikirkanlah cara ini: Jika anda tidak fikir mempunyai TV skrin besar adalah penting, anda tidak akan mempunyai TV skrin besar. Jika anda tidak fikir wang adalah penting, anda tidak akan memilikinya.



ANDA TIDAK SEDAR APA WANG BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA
Ia adalah satu sumber yang membolehkan anda untuk melakukanmenjadi dan mempunyai apa sahaja yang anda benar-benar mahu dalam hidup. Ia menentukan makanan yang anda makan, pakaian yang anda pakai, kereta yang anda pandu, rumah yang anda diami, pendidikan yang ada, perhatian perubatan keluarga anda terima, manfaat yang yang boleh anda lakukan untuk orang lain, dan gaya hidup anak-anak anda.



ANDA TIDAK PERCAYA ANDA LAYAK UNTUK MENJADI KAYA
Kita semua sama penting, kita semua berhak untuk semua perkara kita benar-benar mahu dalam kehidupan kita. Jika tidak anda, maka siapa? Anda benar-benar layak terhadap kekayaan, jadi bertindak seperti itu!



ANDA TIDAK TAHU APA YANG ANDA MAHU
Anda mesti menentukan gaya hidup yang ideal anda. Mungkin ia bekerja dari rumah, mungkin ia akan berlaku pada hari cuti enam kali setahun, tetapi anda perlu dapatkan dengan jelas sepertimana apa yang anda mahu!



ANDA TIADA PERANCANGAN MEWUJUDKAN, MENGURUSKAN DAN KEKALKAN KEKAYAAN
Sebaik sahaja anda tahu matlamat kewangan yang anda mahu capai, anda mesti datang dengan satu cara merealisasikan matlamat anda. Anda harus bertanggungjawab untuk ikut sistem dan datang dengan perancangan untuk mencipta pendapatan tambahan berdasarkan kemahiran dan bakat yang anda ada.




ANDA TIDAK TAHU APA ANDA SEPATUTNYA PERLU LAKUKAN
Jangan mengejar perniagaan atau kerjaya anda tidak mempunyai sebarang kepentingan atau minat padanya. Apabila kamu menyukai sesuatu, anda boleh melakukannya sepanjang hari, anda tidak menyedarinya masa itu , dan anda dengan itu menjadi yang terbaik dalam apa yang anda lakukan - dan benar-benar berjaya melakukannya.



ANDA TIDAK BERSIKAP SEPERTI SI KAYA
Si kaya mengambil tindakan. Hari ini. Sekarang. Mereka bekerja keras, bertentangan dengan apa orang lain yang difikirkan. Orang kaya bekerja keras, meletakkan di 80-100 jam untuk bekerja (seminggu) dan berasa selesa mengenainya kerana mereka melakukan apa yang mereka suka.



ANDA TIDAK FIKIR SEPERTI SI KAYA
Terdapat cara tertentu orang kaya berfikir, dan jika anda berfikir cara spertimana orang kaya berfikir, maka anda akan menjadi kaya secara tidak langsung. Jika anda tidak tahu bagaimana orang kaya berfikir, anda boleh mendapatkan satu permulaan yang baru di Seminar Minda Jutawan.



Tuesday 4 March 2014

Travelog Serawak Day 3

assalam semua~
Hari ke-3
Pagi breakfast mee jawa, laksa serawak. then tengah hari beli kek serawak sebagai ole2.
then terus buat party.
Saya masak udang galah bersama pes asian meal sambal tumis.
Guna inspire cookware taw!
Petang tu...kitorang tumpang fitri bawa ke kubah ria. Beli terubuk masin n hadiah2 lagi semua...
malam tu kitorang dinner ngan ayam pansuh, umai, oyster pancake and macam2 kat "top spot" yang letakknya kat centre bandar kuching.


Get Adobe Flash player
Photo Gallery by QuickGallery.com

Saturday 1 March 2014

Travelog Serawak Day 2

Pagi tadi tgk2 bazar kt hospital kuching, pastu gi solat jumaat kt masjid di ajibah abol, then closing 1k kt stokis satok. Siap je terus je jln2 town kt astana n waterfront. Ada terjumpa untie yg friendly giler yg sudi cerita byk history pasal serawak. Elizabeth namanya. Pas penat jejalan, kitorg rest kt hotel jap. Mlm tu kitorg ‪‎photoshoot‬ kt area ‪kuching waterfront‬ n sekitar bandar. Nntkn full story updates ya ;)

Get Adobe Flash player
Photo Gallery by QuickGallery.com