Thursday 23 August 2018

Mestica Tak Cukup Internasional?

Pada 19 Ogos baru-baru ini,
kumpulan Mestica baru saja melancarkan video musik bagi single terbaru meraka yang bertajuk Kasorrga.
Yoshi mula jadi peminat Mestica dari program Gema Gegar Vaganza musim kedua yang Yoshi tonton melalui online streaming Astro Gempak Live+

Jadi, selepas tamatnya program tersebut, barulah saya satu persatu dengar lagu dan tonton video music kumpulan Mestica. Pendek cerita, lagu mereka ni menarik juga. Dan setiap muzik mereka banyak corak. Maksudnya, mereka sangat bereksperimental dalam pembikinan muzik.
Antara lagu yang popular ialah lagu Layar Keinsafan, Arus Ini, Rahmat Ujian, Destinasi Cinta dan Salahuddin Al-Ayubi.
Yoshi cukup beruntung untuk kenal dengan Mestica dengan lebih rapat ketika pertemuan bersama peminat pada 24 Syawal lalu. Masa tu mereka baru saja isytihar single terbaru mereka. Single ni dah buat lama juga oleh anggota Mestica sendiri, saudara Saiful atau nama pena beliau Izz Aqashah bersama dengan Along dari kumpulan Exist.

Apa itu Kasorrga?
Kasorrga yang bermaksud ruang, destinasi atau keadaan yang menjadi tujuan hidup seseorang.

Lagu Tak Puitis? Tak Internasional?
Intipati utama lagu ini adalah zikir munajat nukilan Imam Al-Ghazali yang sangat popular dalam masyarakat muslim Malaysia.
Masa mula-mula dengar preview lagu ni, saya rasa memang lagu ni sedap didengar, menarik dan unik. Muzik rock progresif yang rancak serta merta menarik minat saya sebagai pendengar baru untuk mendengar versi rakaman penuh.


Sebaik saja lagu ini disiarkan di Spotify, serta merta saya dengar. TERNYATA tidak menghambarkan. Tetapi, setelah video muzik ditayangkan di saluran YouTube Ethique Nation, ada juga netizen yang melontar komen-komen yang tak berapa menarik.

1. "Best juga lagu ni. Tapi rindu Mestica yang dulu. Lirik lebih puitis"
- Bagi saya, Kasorrga dah berada di tahap yang sesuai dengan pendengar zaman sekarang. Lagu masih ada sedikit puitis, tapi mesejnya jelas dan mudah dihadam supaya mudah dipasarkan. Saya lihat lagu yang terlalu puitis menjadi masalah untuk pendengar hadam dan faham. Tengok lagu di carta top 10 radio tempatan sekarang. Takdelah puitis sangat pun. Lirik dan muzik yang berulang-ulang tetapi mudah diingati.

2. "Apa fungsi Amir dalam video ni? Jadi lawak je... takde suara pun part Amir tu, bazir je. Yang kata video ni tahap internasional tu buat gelak je... Abang Khalil takde part solo pun pun dalam lagu ni.."
- Marketing strategy tu penting dalam pemasaran. Fungsi video adalah untuk menarik penonton dan mendapatkan pembeli lagu.
- Dengan kos dan bajet yang mereka ada, yang saya tak pasti pun berapa. Saya rasa video mereka dah cukup internasional dah. Dari segi sudut sinematografi, angle, susun atur, pengcahayaan dan lain-lain semuanya dah cukup. Ia ringkas, bajet yang tak terlalu tinggi.
- Dengan adanya Amir Raja Lawak dalam video ini secara tak langsung, Mestica dapat menarik peminat baru dari peminat Amir secara tidak langsung juga menarik pendengar baru yang mungkin nak tahu kenapa ada Amir Raja Lawak dalam video tu.
Ini strategi yang bagus untuk menambah peminat baru disamping mengekalkan peminat lama.
- Sungguhpun mungkin suara abang Khalil tiada dalam rakaman suara lagu ini, kita harus beri penghargaan dan mengiktiraf adanya beliau dalam Mestica. Sebab tu dia ada dalam video muzik ini. Komitmen beliau untuk hadir dalam video muzik ini harus kita hargai.

Semoga MAJU JAYA
Saya doakan abang-abang semoga terus berkarya dan mempersembahkan karya-karya yang menarik lagi selepas ini. Syabas atas usaha mengimarahkan industri nasyid di Malaysia.

Jom layan Kasorrga... anda boleh dapatkan di platform digital seperti joox, kkbox dan lain-lain.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^