Sunday 24 July 2016

Anda Berharap Income Masuk Ribuan Lepas Sebulan Join?

‪#‎MOTIVASIDIRI‬
*****************
KENAPA KITA BOLEH SABAR UNTUK KAYAKAN ORANG LAIN ? TAPI.. TAK BOLEH SABAR DALAM USAHA UNTUK NAK KAYAKAN DIRI SENDIRI..!!

- Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat.
- Orang kutuk dan sindir sikit dah tak boleh tahan.
- Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu.
-Tak sampai setahun dah kecewa sebab tak dapat income 5 angka.
- Harapan tinggi menggunung.. tapi bila dilanda badai sikit.. pun dah mula rasa goyah.
- Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
- Sedar ke tak ? 

Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. ..Kita boleh sabar..
-Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita pun boleh sabar lagi..
- Bertahun-tahun kerja kenaikan peratusan gaji pun sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita pun boleh boleh sabar lagi..
-Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu lagi. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita pun boleh sabar lagi..
- Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Apa yg ank isteri pun nak pun kadang kala dapat...kadang kala pula x dapat. Sanggup ikat perut bila hujung bulan. Barang2 pula segala2 dah naik harga. Kerja hari2 untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar lagi.. berkorban lah katakan..
- Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak terpaksa. Kalau tak buat, Boss pulak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita pun boleh sabar lagi..
- Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak nampak pun perubahannya. Kalau ada pun sikit2 je. Dari bujang sampai kita kahwin.. Sampai anak 3.. Rumah kita macam tu jugak..
Kenderaan.. dah naik panau.. Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita pun boleh sabar lagi..
- Hidup seadanya ala kadar je. Rumah pun ala kadar.. Janji ada tempat berteduh. Bila tengok rumah orang lain.. mula lah rasa kekurangan pada diri sendiri. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada, buat-buat lupa.. Kita pun boleh sabar lagi..

- Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru seminggu.... sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang berusaha kayakan diri sendiri. Bukan untuk orang lain pun. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. dan mak ayah kita.. Kita nak tolong lebih lagi dengan duit kita sendiri.
- Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri? Kayakan diri sendiri?
PERSOALAN NYA...
-> Apakah impian anda?
-> Apakah hala tuju anda?
-> Apakah matlamat anda?
-> Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
-> Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?
................
- Buatlah BISNES dengan hati yang tulus dan ikhlas kerana Allah..Nawaitu kita tu kena jaga..
√ Niatkan dalam hati… aku nak tolong orang..
√ Aku nak meningkatkan pendapatan bersama-sama orang yang berimpian.
√ Aku nak jadi jutawan dunia akhirat.. begitu juga rakan yang mengikutiku.. barulah segala impian kita akan dimakbulkan yang maha esa.
Ini tidak.. bila diajak oleh seseorang untuk sertai atau sama2 usahakan sesuatu melalui peluang business.. mulalah fikir orang nak tipu kita.. mulalah bersikap buruk sangka berlebihan.. Bila dah join sekalipun.. Suka ambil sikap buat tak tahu jer.. Tak nak usaha lebih.. Tak nak follow rapat2 orang yang dah berjaya.. Tak nak tingkatkan ilmu pengetahuan mengenai business yang telah disertai.. Buat tak tahu jer.. lepas tu nak mengharapkan hasil yang terbaik..
Bila gagal.. Mulalah salahkan orang lain dan sebagainya.. Mulalah buat hal sendiri kerana dah serik katanya.. Aduuss !!
- Setelah segala harapan atau impian menjadi kenyataan.. matlamat yang paling tinggi setelah berjaya memiliki apa yang dihajati.. Boleh lah nak buat kebajikan atau nak berbakti pada kedua orang tua dan masyarakat disekeliling kita.. Subhanallah... dan yang paling penting ialah niatkan dalam hati untuk berjihad di jalan Allah semata-mata.. Aamiin.
***Jom business dengan modal RM78 jer.
== 013 973 3779 : Mukmin ==

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^