Tuesday 4 August 2015

Asas Bahasa Jepun #2

tupperware malaysia murah | katalog tupperware malaysia catalogue | tupperware sungai petani kedah | tupperware tawau sabah 
Atas nama Tuan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang 
BismILLAHiRahmanirRahim 

1.Arigatou gozaimasu ( ありがとうございます )
~ Terima kasih / Thank You
Ungkapan ni rasanya semua orang tahu maksudnya terima kasih atau kebiasaannya mereka akan cakap Arigatou  ありがとう sahaja.

2.Doumo ( どうも )
~ Sila
Ungkapan sila/terima kasih yang ringkas selalunya atas perkara yang kecil. Boleh digabung dengan perkataan Arigato untuk nampak lebih sopan... どうも ありがとうございます (Doumo Arigatou Gozaimasu). Kadang-kadang boleh juga guna sebagai "silakan".
Contohnya;
Watashi wa kore de anata wo tasukeru koto ga dekimasenka? - Aa, Doumo.
"Boleh tak saya bantu anda berkenaan hal ini?" - "Oh, Silakan".

3. Doi tashi-mashite ( どういたしまして )
~ Sama-sama / You're welcome.
Ungkapan membalas ucapan terima kasih bagi orang Jepun... Sama-sama

Lagi,



4. Ohayou gozaimasu ( おはようございます )
~ Selamat pagi / Good Morning 
Ungkapan yang diucapkan pada waktu pagi... kebiasaannya mereka akan cakap Ohayo je. Kalau orang  Malaysia, kita akan cakap Selamat Pagi.

5. Konnichiwa ( こんにちは )
~ Selamat tengah hari / Hai / Good afternoon 
Konnichiwa adalah ungkapan umum untuk mengatakan Hello dalam bhs Jepun.. digunakan pada waktu siang je.

6. Konbanwa ( こんばんわ )
~ Selamat Petang / Good evening.
Ungkapan ni akan digunakan utk waktu petang sampai malam saja. Sama fungsi seperti Konnichiwa.
Nak rasa teh Jepun yang original dan berkualiti? Jom order! Premium Green Tea RM20 sahaja

7. Oyasumi nasai ( おやすみなさい )
~ Selamat Malam / Good night.
Ungkapan ni pula untuk waktu malam.. Yasumi bermaksud rehat, contohnya macam coffee break atau bercuti.. Jadi, kalau Oyasuminasai pula adalah ucapan kepada orang lain apabila hendak tidur..

8. Ittekimasu (いってきます)
~ Saya pergi dulu / I'm going / I'm leaving / Bye / See you
Ungkapan ni diucapkan apabila keluar dari rumah. Ibaratnya macam"saya pergi dulu".

9. Itterasshai (いってらっしゃい)
~ Jaga diri / Jumpa lagi / Selamat jalan / Have a nice day / Bye / See you / Take care
Ungkapan ni pula untuk orang dalam rumah cakap itterasshai kepada orang yang keluar dari rumah. Maksudnya jaga diri, selamat jalan atau perkataan orang melayu slalu guna "jalan baik-baik".

10. Ki wo tsukete(ne) きをつけて(ね)
~ Hati-hati / Selamat tinggal / Be careful / Stay safe (ya)
Ungkapan ni biasanya sering digunakan dengan itterasshai ia bermaksud hati-hati ataupun selamat tinggal.. Biasanya apabila hendak berpisah dengan seseorang atau satu kelompok..

11. Sayonara ( さよなら )
~ Selamat tinggal / Goodbye / See you
Ungkapan ni pun biasanya kerap diucapkan, ucapan ni diucapkan terutama apabila berpisah dengan seseorang atau orang ramai..contohnya, macam jiran kita nak berpindah ke tempat lain.

12.Tadaima(ただいま)
~ Saya dah balik / I'm home
Ungkapan penghormatan bila baru pulang ke rumah. Ia adalah amalan dan kelaziman onrang jepun. Tadaima maksudnya saya dah pulang.

13.Okaeri (おかえり)
~ Selamat kembali / Selamat pulang / Safe return 
Ucapan okaeri pula adalah respon kepada Tadaima.

Selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^